saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/12/2009

Menteri Besar Kelantan terus jadi 'serangan' penulis blog

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Belum pun reda isu berkaitan doa memusnahkan masa depan Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini terus menjadi sasaran penulis blog.

Kali ini 'serangan' dihalakan pula terhadap imej Nik Abdul Aziz yang selama ini dibanggakan oleh Pas sebagai pemimpin yang teramat bersederhana seperti mana yang dibentuk pemimpin parti itu selama ini.

Ini termasuk berhubung gambar kediaman beliau di Kampung Pulau Melaka yang selama ini sering dijadikan modal politik Pas pada masa kempen pilihan raya bagi menonjolkan sifat kesederhanaan parti itu.

Antara yang menjadi sasaran penulis blog bagi menunjukkan imej tersebut tidaklah 100 peratus tepat ialah berhubung dakwaan pemilikan beberapa harta dan syarikat oleh keluarga Nik Abdul Aziz.

Di laman http://theunspinners.blogspot. com misalnya menunjukkan dakwaan beberapa keping gambar pemilikan aset tersebut yang pada penulis blog itu sebagai sesuatu yang bertentangan dengan imej sederhana yang dibentuk pimpinan Pas selama ini terhadap Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, tiada bukti kukuh disertakan bagi mengesahkan dakwaan berkenaan kecuali beberapa keping gambar dan keterangan gambar berkaitan.

Selain itu, laman blog berkenaan turut menjadikan soal pentadbiran sebuah sekolah agama di kediaman Nik Abdul Aziz sebagai sasaran mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan amalan kronisme.

Ini berikutan sekolah tersebut yang dahulunya di bawah pentadbiran sebuah agensi kerajaan negeri didakwa telah 'ditukarkan' sebagai sekolah agama swasta milik keluarga Nik Abdul Aziz.

Blog itu turut mendakwa yang salah seorang anak Mursyidul Am Pas itu kini mengetuai pentadbiran sekolah tersebut.

Selain itu, isu Nik Abdul Aziz dan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman juga masih menjadi sasaran penulis blog.

Ia berikutan kenyataan terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang mengakui isu tersebut timbul kerana Nik Abdul Aziz tidak mendapat nasihat politik dan perundangan yang betul.

Bagi penulis blog, mereka tidak melihat soal nasihat sebagai isu utama kerana segala keputusan mengenai pelantikan peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah pada Nik Abdul Aziz.

Hal berkaitan pemilikan harta oleh keluarga Nik Abdul Aziz dan isu sekolah agama kendalian keluarga beliau turut pernah disentuh di http://kickdefella.wordpress.com/ pada 26 November lalu.

Menurut penulisnya yang dipecat Abdul Ariffahmi sebagai pegawai di PMBK: ''Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan stesen minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.