saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 03/12/2009

Azhar dihalau keluar sidang DUN

PULAU PINANG 2 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dihalau dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana enggan menarik balik perkataan 'dua, tiga kerat' yang diungkap merujuk kepada Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak berpuas hati dengan tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong, lapan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional turut bertindak keluar untuk menunjukkan tanda sokongan kepada ADUN Penaga itu.

Mereka ialah ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Datuk Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya), Datuk Jahara Hamid (Teluk Air Tawar), Datuk Jasmin Mohamed (Sungai Dua), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Aceh), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan) dan Zabariah Wahab (Bertam).

Dua lagi ADUN BN iaitu Muhammad Farid Saad (Pulau Betong) dan Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) tidak hadir sidang hari ini kerana mempunyai perkara yang perlu diselesaikan dan mendapat pelepasan DUN.

Insiden tersebut bermula ketika Azhar membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Sidang DUN Ke-12.

Beliau dalam ucapannya berkata, ADUN BN sentiasa berusaha membantu golongan bumiputera di negeri ini walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan kerajaan Pusat.

"Ada dua, tiga kerat wakil rakyat dari kerajaan negeri yang tidak membela rakyat Melayu di negeri ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.