saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/12/2009

Dokumentari semua bekas Perdana Menteri akan diterbitkan


Rais Yatim menunjukkan sesuatu ke arah gambar Raja-Raja Melayu sebelum majlis bacaan Yassin dan tahlil Almarhum Tunku Abdul Rahman di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hayat Sueet


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan akan memulakan usaha menerbitkan dokumentari yang komprehensif mengenai riwayat dan perjuangan semua bekas Perdana Menteri mulai tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, usaha itu akan dimulakan dengan penerbitan dokumentari Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Beliau berkata, langkah itu diambil memandangkan penerbitan rancangan dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri masih kurang di negara ini.

"Penghasilan dokumentari ini penting supaya jasa serta sumbangan mereka kepada pembentukan Malaysia akan sentiasa diingati oleh semua pihak,'' katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin dan tahlil Almarhum Tunku Abdul Rahman di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Turut hadir ialah anak sulung Tunku Abdul Rahman, Tunku Ahmad Nerang Putra dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Rais seterusnya berkata, generasi muda hari ini perlu ditanam dengan kesedaran sejarah mengenai siapakah Tunku sebenarnya dalam sejarah negara.

"Selain sebagai Bapa Kemerdekaan, mungkin masih ramai tidak tahu lagi yang jasa Tunku terhadap pembentukan Malaysia melalui Suruhanjaya Reid 1957 dan juga salah seorang pengasas kepada pertubuhan ASEAN,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap majlis memperingati Tunku dan bekas Perdana Menteri lain dapat diperluaskan ke seluruh negara dengan penganjuran program berbentuk seperti kuiz dan perbincangan ilmiah.

"Program ini boleh difokuskan di semua peringkat institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau institut pengajian tinggi,'' jelasnya.

Rais juga menyatakan kebimbangan dengan kemerosotan jumlah pelancong terutamanya luar negara ke Memorial Tunku Abdul Rahman.

"Kementerian dapati puncanya adalah kerana kurangnya promosi oleh syarikat-syarikat pelancongan kerana tidak menyenaraikan memorial ini dan juga memorial lain sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi.

"Saya akan membawa masalah ini kepada Kementerian Pelancongan untuk dicari jalan penyelesaian,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.