saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/12/2009

Sharifah Aini tarik balik saman terhadap Utusan

07/12/2009 11:39am

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Biduanita, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar hari ini secara rasmi menarik balik saman kira-kira lima tahun lalu yang dikemukakan terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., bekas ketua pengarang dan seorang wartawan hiburannya.

Perkara itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Balia Yusof Wahi di kamar beliau pagi ini.

Peguam Foo Siew June yang mewakili ketiga-tiga defendan ketika dihubungi memberitahu, plaintif menarik balik saman tersebut tanpa apa-apa perintah, kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan tindakan semula.

Menurut Siew June, plaintif telah memfailkan notis pemberhentian tindakan saman itu pada Jumaat lalu.

Pada 25 November lalu, plaintif dan defendan-defendan bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah penyanyi itu di luar mahkamah dan bersetuju agar notis pemberhentian terhadap saman itu difailkan sebelum tarikh tersebut.

Plaintif diwakili peguam Shamsul Bahrain Ibrahim.

Pada 27 April 2004, Sharifah Aini, 56, memfailkan saman dengan menamakan syarikat akhbar tersebut, Ketua Pengarang Kumpulan ketika itu, Datuk Khalid Mohd dan wartawan, Ku Seman Ku Hussein sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa akhbar Mingguan Malaysia pada 21 Mac 2004 di ruangan 'Cubit Manja' telah menyiarkan artikel bertajuk 'SMS dan umang-umang' yang berniat jahat memfitnah dengan cara mengaitkan hal peribadinya.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, pampasan dan injunksi bagi melarang pihak defendan daripada menerbitkan kenyataan tersebut.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan bertarikh 18 Jun 2004 pula menafikan artikel itu berunsur fitnah terhadap Sharifah Aini. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.