saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 07/12/2009

Spekulasi gagal gugat DRB-Hicom


DERETAN pikap di kilang DRB Hicom di Pekan, Pahang sebelum dihantar kepada pelanggan.


BIARPUN dihujani dengan spekulasi yang menjejaskan sejak pertengahan tahun ini, DRB-Hicom Bhd., kumpulan syarikat automotif bersepadu terbesar di Malaysia itu, yakin mampu mencatatkan pencapaian lebih baik tahun depan.

Ketika syarikat senaraian awam dengan kepentingan utama dimiliki oleh tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary itu sendiri tertanya-tanya tentang muslihat di sebalik spekulasi itu, langkah-langkah peluasan ke arah mengukuhkan kedudukan dalam pasaran tempatan terus dilaksanakan.

Sungguhpun kurang senang dengan isu-isu tidak berasas ditimbulkan seperti pembidaan Proton, semakan semula rakan kongsi perniagaan General Motor Corporation dan terbaru, Suzuki Motors Corporation, DRB-Hicom tidak bimbang dan apa yang berlaku sukar menjejaskan kedudukannya.

Pada masa yang sama, spekulasi itu juga menyaksikan DRB-Hicom terus mendapat sokongan dan kepercayaan lebih kuat daripada rakan kongsi utama yang kian menyakini kemampuan dan kejayaannya.

Sehubungan itu, DRB-HICOM dalam melangkah ke tahun baru, berhasrat menguasai antara 20 hingga 21 peratus pasaran bersandarkan model-model yang ditawarkan dengan jangkaan jumlah pengeluaran industri (TIV) meningkat kepada 530,000 buah berikutan pemulihan ekonomi.

Pada tahun ini, Kumpulan itu menjangka menguasai 19 peratus pasaran bersandarkan kepada unjuran TIV sebanyak 525,000 buah. Ini meletakkannya pada kedudukan yang ketiga selepas Perodua dan Proton berbanding tempat kedua pada tahun lalu.

Kumpulan DRB-Hicom kini mengedar dan memasang jenama antarabangsa utama termasuk Audi, Chevrolet, Honda, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Suzuki, Isuzu dan Mahindra serta jenama tempatan seperti Proton dan Hicom Perkasa.

Jenama-jenama itu merangkumi 20 peratus jumlah jualan keseluruhan dalam industri automotif di negara ini manakala empat jenama iaitu Honda, Suzuki, Isuzu dan Mitsubishi merupakan lima jenama teratas yang disenaraikan dalam Indeks Kepuasan Pelanggan J.D. Power.

Kemampuan itu disokong oleh pemilikan infrastruktur yang terus dimantapkan di Kompleks Automatif DRB-HICOM di Pekan, Pahang untuk menangani permintaan dan keperluan lebih besar pada masa akan datang.

Kompleks itu bukan hanya kembang daripada operasi pemasangan mudah untuk trak Tata malah telah bertambah kukuh menerusi kegiatan pemasangan automobil kenderaan penumpang, komersial dan khas.

Kompleks itu kini melaksanakan kerja-kerja pemasangan model kereta Suzuki Swift dan kumpulan itu telah melaburkan sebanyak RM15 juta dalam pemasangan robotik untuk model berkenaan.

Sejak penubuhan pemasangan robotik pada Jun 2007, lebih 8,000 buah model Swift telah terjual di Malaysia. Malah, lebih banyak jualan dijangkakan berikutan jenama ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri berbanding pesaingnya.

Sehubungan itu, DRB-Hicom juga sedang berbincang dengan Suzuki Motor untuk menambah lagi rangkaian model baru kepada empat model yang sedia ada sekarang iaitu Suzuki Swift 1.5L, Swift Sports 1.6L, Grand Vitara 2.0L dan Suzuki SX4 hatchback.

Selain Suzuki, kompleks berkenaan juga menempatkan kemudahan pemasangan kenderaan mewah Mercedes-Benz melibatkan model yang menawarkan cita rasa tinggi seperti model C-Class, E-Class dan S-Class.

Pada masa yang sama, DRB-Hicom juga diberikan kepercayaan memantapkan penjualan kereta Audi oleh syarikat induknya Audi AG. Syarikat tempatan itu akan melancarkan lebih banyak model baru pada bulan hadapan.

Kumpulan automotif tempatan itu dijangka menerima surat hasrat pada hujung bulan ini untuk meneruskan pengedaran eksklusifnya di Malaysia selama lima tahun lagi.

Ini adalah satu pengiktirafan terhadap komitmen kumpulan bukan hanya dalam pemasangan kereta berkualiti tetapi juga keupayaan memantau perkhidmatan selepas jualan.

Penguasaan pegangan 79 peratus dalam Edaran Otomobil Nasional Bhd. (EON) telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah syarikat automotif bersepadu dan menjalin usaha sama dengan pembuat-pembuat kenderaan global terkemuka.

DRB-Hicom, pengedar tunggal Audi di negara ini, telah berjaya meningkatkan jualan kereta mewah itu sebanyak 92 peratus kepada 220 buah tahun lalu dan dijangka berganda kepada 440 buah, tahun ini.

Malah, difahamkan jika bukan kerana kekurangan bekalan model popular Audi A4 dan Q5, DRB-Hicom mungkin mampu menjual lebih 500 buah tahun ini.

Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran dan meningkatkan jualan, kumpulan berkenaan melaburkan RM10 juta untuk promosi imej korporat (CI) baru melalui bilik-bilik pameran di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Jalan Imbi, Kuala Lumpur selain menaik taraf hangar di Glenmarie, Shah Alam.

Di samping itu, DRB-Hicom juga menjangka model-model Triton, Pajero Sport, Grandis serta Lancer keluaran Mitsubishi yang diedarkannya meningkat 8,000 buah, tahun ini.

Sementara itu, Isuzu Perkasa, salah satu jenama antarabangsa yang diedarkan oleh DRB-Hicom dan bertapak selama 12 tahun di pasaran kini bertambah kukuh dengan penguasaan pasaran antara 30 hingga 31 peratus selepas Daihatsu Delta, sekarang.

Bagi operasi pengeluaran kereta jenama Honda di bawah Honda Malaysia pula, DRB-Hicom mengunjurkan pengedaran 33,000 buah jenis kereta Honda, tahun ini.

Bersandarkan kepada perkembangan menggalakkan yang berlaku dalam rangkaian jenama automotif, DRB-Hicom menjangkakan kumpulan itu tidak mempunyai pilihan tetapi sebaliknya melangkah terus ke hadapan untuk mencipta kecemerlangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.