saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 08/12/2009

Jumlah 'keldai dadah' berkurangan

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kempen penerangan pihak berkuasa bagi menyedarkan orang ramai supaya tidak dijadikan 'keldai' oleh sindiket dadah antarabangsa telah menunjukkan kesan ketara apabila bilangan yang tertipu semakin berkurangan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar) berkata, perangkaan polis menunjukkan jumlah yang ditahan kerana menjadi 'keldai' bagi membawa najis dadah memasuki beberapa negara pada hingga November ini hanya 21 orang.

"Ini satu penurunan yang ketara berbanding 45 orang yang ditahan pada 2008 dan 54 orang pada 2007," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Berikutan kejayaan itu, katanya, kerajaan akan meneruskan kempen penerangan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

"Kempen penerangan ini ditumpukan di institusi pengajian tinggi dan tempat awam khusus kepada golongan wanita bagi menyedarkan mereka mengenai modus operandi sindiket terbabit," ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Lilah, beliau berkata, syabu paling banyak daripada 22 jenis dadah dan racun yang dirampas polis dalam enam bulan pertama tahun ini.

"Secara keseluruhannya nilai rampasan semua jenis dadah dalam tempoh ini adalah sebanyak RM306 juta dan syabu pula bernilai RM263 juta.

"Semua rampasan ini adalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952," jelasnya.

Bagi membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah, katanya, AADK telah merangka pelan strategik pendidikan pencegahan yang menyasarkan empat kumpulan.

"Ia melibatkan keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.