saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/12/2009

3,400 dos vaksin H1N1 untukpetugas kesihatan Negeri Sembilan

SEREMBAN 7 Dis. - Sebanyak 3,400 dos vaksin bagi mencegah wabak selesema babi dibekalkan kepada petugas Jabatan Kesihatan negeri dalam usaha membendung gelombang kedua penularan influenza A (H1N1) di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, langkah itu bertujuan mengekang dan menjamin tahap kesihatan petugas daripada dijangkiti virus berkenaan.

''Kita telah mengadakan kursus pengendalian pemberian vaksin kepada petugas kesihatan bagi pelaksanaan yang lebih cekap.

''Jabatan Kesihatan akan menjalankan pemantauan rapi dalam pemberian vaksin H1N1," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail memberitahu peringkat awal pemberian vaksin berkenaan adalah untuk 'barisan hadapan' sebelum diperluaskan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan gelombang kedua H1N1 dan perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran serta ancamannya.

Katanya, orang ramai juga mesti segera mendapatkan rawatan apabila terdapat tanda-tanda awal jangkitan seperti selesema, demam berpanjangan dan sakit tekak.

''Saya berharap orang ramai dapat mematuhi arahan seperti yang dikeluarkan sebelum ini iaitu tidak digalakkan berada di kawasan awam untuk mengelakkan virus ini daripada menular.

''Jika perlu dan ada arahan memakai penutup hidung dan mulut, silalah patuh untuk keselamatan semua," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail menegur pemilik premis perniagaan khususnya kedai makan agar mengutamakan kebersihan.

''Kita perlu patuh peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dalam aspek pengendalian makanan.

''Pastikan semua lokasi makanan berada pada tahap bersih melebihi penilaian 65 peratus yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan," katanya.

Tambah Ismail, amat mendukacitakan apabila premis makanan berada pada tahap yang kotor dan menjijikkan kerana ia akan mendatangkan rasa tidak selesa terutamanya kepada pelancong.

''Jabatan Kesihatan negeri akan sentiasa melakukan operasi berkaitan kebersihan premis makanan dan kita tidak akan berkompromi dalam soal ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.