saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 09/12/2009

'Laluan maut' ancam penduduk




TEMERLOH 8 Dis. - Bagi lebih 300 penduduk Kampung Seberang Jalan Keretapi, Mentakab dekat sini, kewujudan jambatan kereta api di kawasan tersebut sejak kira-kira 60 tahun lalu merupakan 'satu rahmat'.

Ini kerana, jambatan tersebut turut menyediakan laluan pintas bagi mereka berulang-alik ke bandar Mentakab sama ada untuk ke tempat kerja, sekolah atau menjalankan pelbagai aktiviti harian lain.

Namun, tanpa disedari, keadaan jambatan itu yang semakin uzur dimamah usia, kini menjadi ancaman pula kepada mereka yang saban hari menggunakannya, termasuk pelajar sekolah.

Walaupun laluan di jambatan kereta api itu bukanlah jalan utama yang menghubungkan kampung tersebut dengan bandar Mentakab, tetapi bagi penduduk, mereka telah menggunakannya sebagai jalan pintas sejak kira-kira 60 tahun lalu.

Namun, keadaan laluan di jambatan itu kini semakin meresahkan penduduk yang bimbang tentang keselamatan mereka kemungkinan berlaku kejadian buruk sehingga meragut nyawa.

Apa yang lebih membimbangkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, Balaram Indrabatha ialah, laluan 'maut' itu turut digunakan oleh pelajar-pelajar untuk berulang-alik ke sekolah.

Katanya, laluan di jambatan itu sebenarnya milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan penduduk pula telah menggunakannya sebagai jalan utama untuk ke pusat bandar Mentakab kerana ia dapat memendekkan perjalanan kira-kira 30 minit.

"Bagaimanapun setakat ini belum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa penduduk menyeberangi laluan tersebut.

''Namun, kami mula berasa bimbang sejak akhir-akhir ini apabila beberapa keping papan pelapik jambatan itu mulai reput dan ia mengancam nyawa penduduk yang menggunakan laluan tersebut," kata Balaram kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, baru-baru ini hampir berlaku satu kemalangan maut apabila seorang penunggang motosikal yang melalui jalan itu, nyaris digilis kereta api gara-gara cuba mengelak lubang.

Menurut seorang penduduk, S. Gopal, sebenarnya terdapat jalan lain yang lebih selamat boleh digunakan penduduk untuk berulang alik ke bandar Mentakab iaitu melalui jambatan di Kampung Sungai Buloh dan Tanjung Kerayong.

''Tetapi penduduk enggan menggunakan jalan itu untuk ke bandar Mentakab kerana laluan itu adalah jalan persendirian dan kami juga terpaksa membayar RM30 sebulan untuk menggunakan jalan tersebut.

''Selain membebankan kami, kedudukan jalan persendirian itu agak jauh berbanding menggunakan laluan di jambatan kereta api yang lebih dekat dan menjimatkan masa," kata Gopal.

Tambahnya, jalan persendirian milik syarikat peladangan itu juga sentiasa ditenggelami air ketika musim tengkujuh dan ditutup mengikut jadual.

Justeru katanya, penduduk tidak ada pilihan lain, selain terpaksa menggunakan jalan yang sama dengan kereta api kerana lebih dekat ke pusat bandar.

Sehubungan itu, dia merayu pihak terbabit supaya mengambil inisiatif dengan membaiki segera kerosakan laluan di jambatan kereta api berkenaan demi keselamatan penduduk setempat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.