saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/12/2009

Tolong selamatkan industri muzik...


AZLAN Abu Hassan (kiri) menyampaikan Anugerah Komposer Muda kepada Hafiz Hamidun pada malam anugerah tersebut. Gambar RASHID MAHFOF


SABAN tahun Anugerah MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia) dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada ahli-ahlinya yang berjaya meraih pendapatan terbanyak hasil kutipan royalti badan tersebut.

Kutipan itu berdasarkan pungutan royalti yang diterima hasil penyiaran lagu-lagu ahli-ahli MACP sama ada di radio, televisyen (TV) ataupun tempat-tempat awam yang lain di mana para pemenangnya menerima hadiah berupa trofi.

Menariknya tahun ini, badan yang dipertanggungjawabkan memungut royalti bagi pihak komposer dan penulis lirik itu seakan-akan tidak mampu lagi untuk memendam rasa atas kemerosotan jualan album serta cabaran dalam bidang penciptaan lagu dalam industri muzik tanah air sejak kebelakangan ini.

Senario itu digambarkan menerusi tayangan klip video yang diilhamkan oleh komposer Johan Nawawi sebelum Anugerah MACP 2009 bermula menerusi lakonan komposer seperti Johari Teh dan Aidit Alfian yang terpaksa menjual nasi lemak dan menjahit kasut ekoran daripada masalah tersebut.

Secara sinisnya, badan yang menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya itu mahu menggambarkan penderitaan yang kini terpaksa ditanggung oleh ramai karyawan muzik yang terpaksa beralih arah selepas periuk nasi mereka seolah-olah kurang mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berwajib.

Menurut Pengerusi MACP, Habsah Hassan gejala cetak rompak termasuklah muat turun haram dari Internet merupakan antara penyebab yang boleh membunuh, sekali gus menyebab industri muzik di negara ini kini berada di ambang kematian.

"Perkembangan ini telah menimbulkan masalah kepada industri muzik. Keghairahan anak-anak muda memuat turun lagu secara percuma di Internet dengan harga terendah daripada penjual muzik haram.

"Ia secara bluetooth atau MP3 menyebabkan penjualan lagu format fizikal terus merosot, sementara penjualan secara digital pula tidak meningkat.

"Royalti untuk pencipta muzik dari penjualan lagu terus jatuh menjunam. Sekiranya tidak diterapkan di jiwa masyarakat khususnya golongan muda bagi menghormati harta intelek, gejala muat turun secara haram pasti akan berterusan.

"Akibatnya tidak mustahil apa yang telah dipaparkan menerusi klip video tadi suatu hari nanti akan menjadi realiti. Siapakah yang boleh membantu para karyawan muzik kita untuk merancakkan lagi industri ini yang boleh mendatangkan pendapatan jutaan ringgit kepada negara?" soalnya.

Beliau meluahkan apa yang dirasakannya itu pada Malam Mesra Anugerah MACP 2009 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini sambil mengharapkan kementerian-kementerian terbabit, stesen-stesen penyiaran dan media-media massa membantu dalam menangani masalah tersebut.

Selain dihadiri ahli-ahli MACP, majlis makan malam dan persembahan artis, anugerah itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan sudah sampailah masanya kerajaan mengkaji dan meminda Akta Hakcipta 1987 bagi melindungi para karyawan muzik dan harta intelek daripada segala bentuk penipuan dan eksploitasi.

"Undang-undang yang ada sekarang tidak memberi pemilik hakcipta recourse (jalan keluar) yang berkesan untuk menangani dan mengatasi masalah cetak rompak secara on-line.

"Hukuman keras patut dikenakan ke atas laman-laman web yang menggunakan muzik tanpa lesen daripada pemilik hakciptnya. Demikian juga laman-laman web asing yang secara haram menawarkan muat turun lagu dengan percuma.

"Kami yakin pihak kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan dapat bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mengatasi masalah itu," ujarnya.

Pada malam anugerah yang bertemakan Bisnes Muzik Era Baru dikendalikan oleh Bob Lokman itu, sebanyak 11 anugerah telah disampaikan kepada para pemenangnya berupa trofi.

Sementara Anugerah Muzik Malaysia CISAC-MACP pula dimenangi oleh Datuk Freddie Fernandez dan Beh Suar Pheng (bekas Pengarah Urusan EMI) yang menerima trofi dan wang tunai RM2,000 atas sumbangan mereka sebagai antara pengasas MACP pada 1989. Anugerah itu untuk dua tahun sekali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.