saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 09/12/2009

Bawa kes royalti minyak ke mahkamah

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah dan bukannya meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan membawa isu itu ke mahkamah adalah langkah paling tepat daripada beretorik yang sama sekali tidak mendatangkan apa- apa perubahan kepada status quo.

''Saya pun hairan kenapa tak bawa kerajaan Pusat ke mahkamah. Kenapa takut ke? Daripada buat benda-benda yang tak boleh bawa perubahan, baik bawa ke mahkamah terus.

''Ini termasuklah doa yang bukan-bukan suruh diturunkan bala kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja," katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap pada perhimpunan sempena kuliah mingguannya di Kota Bharu minggu lalu mendoakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan agar 'pecah perut.'

Beliau sebelum ini meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Perdana Menteri supaya memberi royalti minyak dan sekiranya tidak, mendoakan supaya Allah memusnahkan Perdana Menteri, UMNO dan proksi-proksinya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, kerajaan Pusat yakin keputusan untuk memberikan royalti menepati kehendak undang-undang tempatan mahu pun antarabangsa.

Katanya, lagipun dakwaan pemimpin negeri Kelantan bahawa hak royalti dijamin di bawah Perlembagaan sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk Sabah dan Sarawak sahaja.

''Sabah dan Sarawak sebelum penubuhan Malaysia dapat 100 peratus hasil minyak tetapi selepas dalam Malaysia, dua negeri itu korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

''Jadi kita kena hargai pengorbanan yang dibuat dengan menjamin hak royalti minyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi negeri di Semenanjung tak pernah pun mempunyai minyak sebelum merdeka," jelasnya.

Justeru, atas dasar itu Mohamed Nazri menegaskan yang beliau cukup yakin bahawa mahkamah tidak akan sesekali memihak kepada Kelantan walaupun kes ini di bawah ke mahkamah antarabangsa sekalipun.

''Saya dah kata setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Apa hak negeri untuk tuntut lebih daripada 12 batu nautika.

''Mudah sahaja, boleh lawan di mahkamah, boleh bawa ke mahkamah antarabangsa, saya boleh jamin kepada anda yang mereka (Kelantan) akan kalah dan pemimpin Pas Kelantan pun tahu perkara ini sebab itu mereka cakap saja nak bawa ke mahkamah," ujarnya.

Berhubung kenyataannya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengenai isu Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan reaksi kurang senang, Mohamed Nazri berkata, beliau tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakannya.

''Saya menteri kepada semua rakyat Malaysia, pengundi saya juga terdiri daripada pelbagai kaum dan saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukan daripada dana kerajaan digunakan untuk satu komuniti sahaja.

''Saya berpegang dengan apa yang saya cakap. Patriotisme untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia. Negara ini bukan hanya untuk Melayu. Selagi kita tak boleh terima hakikat yang kita ini pelbagai bangsa maka kita tidak akan boleh ke mana," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.