saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/12/2009

Geng Arab samun guna pukau


WAJAH suspek yang dirakam kamera litar tertutup dalam rompakan pukau barang kemas di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Payang, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Seorang pemborong barang kemas dari Kuala Lumpur rugi hampir RM1 juta apabila barang kemas yang ditinggalkan di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini dilarikan sekumpulan lima orang dipercayai warga Arab hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang, selepas mangsa meninggalkan tiga beg berisi barang kemas dalam peti besi di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Payang.

Mangsa yang baru tiba di Kuala Terengganu bersama dua rakannya meninggalkan barang kemas itu sebelum pergi makan tengah hari di sebuah kedai makan di hadapan pasar itu.

Pemilik kedai emas terbabit, Zakaria Yusof, 46, berkata, dia bersama isteri, adik ipar dan anaknya berusia 11 tahun sedang melayan beberapa orang pelanggan apabila lima orang termasuk seorang wanita dipercayai warga Arab tiba-tiba memasuki kedainya.

"Empat warga Arab itu berdiri di depan kedai serta berpura-pura melihat barang kemas yang dijual. Mereka kemudian menepuk bahu kami termasuk para pelanggan menyebabkan badan terasa kebas dan lidah menjadi kelu.

"Seorang lagi warga Arab itu kemudian pergi ke bilik yang menempatkan peti besi yang hanya dikunci secara biasa dan tidak menggunakan kunci bernombor, lalu mengambil tiga beg berisi barang kemas berkenaan," katanya ketika ditemui di kedai terbabit hari ini.

Zakaria berkata, mereka tidak memahami percakapan penjenayah tersebut apabila salah seorang daripada mereka cuba berkomunikasi dengannya. Malah, empat rakannya itu bercakap menggunakan bahasa Arab sesama mereka.

Katanya, mereka semua berasa seperti 'tersedar' apabila salah seorang pelanggan menegur beg yang dibawa lelaki Arab itu milik tuan punya kedai atau lelaki tersebut.

"Sebaik sahaja penjenayah itu keluar dari kedai, saya mengarahkan adik ipar saya mengejar dengan motosikal namun gagal menemui mereka.

"Saya kemudian segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, pemborong yang hanya mahu dikenali sebagai Teo, 30, berkata, kedai emas itu merupakan yang ketiga disinggahinya sejak tiba di Kuala Terengganu pagi ini.

"Selalunya saya meninggalkan beg berisi barang kemas dalam peti besi kedai kerana memberi peluang kepada pemilik kedai memilih barang kemas yang ingin dibeli.

"Hampir lapan tahun dalam perniagaan barang kemas, ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku," katanya yang enggan mengulas panjang.

Pemborong yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur itu mendakwa, dia rugi kira-kira RM900,000 ekoran kehilangan barang kemas tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.