saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 10/12/2009

Tiada jaminan tarif elektrik kekal

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kerajaan tidak boleh memberi jaminan tarif elektrik di Sabah yang kini adalah yang terendah di Malaysia akan kekal berikutan kenaikan kos penjanaan bekalan itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kos penjanaan tenaga elektrik termasuk yang menggunakan diesel dan gas sudah meningkat dalam tempoh 23 tahun sedangkan kadar tarif di negeri itu tidak pernah berubah.

‘‘Kita perlu mengambil kira kenaikan kos diesel, infrastruktur dan lain-lain dalam menentukan tarif elektrik di Sabah pada masa akan datang,” katanya menjawab soalan tambahan Hiew King Chiew (DAP-Kota Kinabalu) pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Siringan Gubat (BN-Ranau), beliau berkata, projek Empangan Hidroelektrik Liwagu berhampiran pekan Telupid, Sabah yang dikenal pasti untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ditangguhkan kerana krisis ekonomi.

‘‘Memandangkan tempoh kajian reka bentuk kejuruteraan asal telah dijalankan lebih 10 tahun lalu, satu kajian kemas kini sedang dijalankan sebelum mendapatkan kelulusan kerajaan bagi melaksanakan projek berkenaan.

‘‘Berdasarkan kepada peningkatan permintaan di seluruh Sabah, pelaksanaan projek Empangan Hidroelektrik Liwagu ini sekiranya diteruskan, dijangka mula beroperasi selepas tahun 2016,” katanya.

Gubat bertanyakan sama ada projek empangan itu yang diberhentikan kira-kira lapan tahun lalu kerana Sabah bakal menerima bekalan elektrik dari Empangan Hidroeletrik Bakun, Sarawak akan diteruskan.

Tambah Fah Kui, kerajaan akan menyediakan kemudahan infrastruktur dan tanah gantian kepada 426 keluarga yang terpaksa berpindah jika projek itu dilaksanakan.

‘‘Adalah menjadi dasar kerajaan apabila ada rakyat yang terpaksa berpindah, mereka tidak akan teraniaya. Kita akan memberi kemudahan agar hidup mereka lebih selesa,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.