saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/12/2009

Kes bekas jurulatih olahraga didengar semula

PUTRAJAYA 10 Dis. - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan supaya kes membabitkan bekas jurulatih olahraga kebangsaan, C. Ramanathan didengar semula di hadapan panel yang lain.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Md. Raus Sharif menolak rayuan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup untuk menarik balik permohonan itu.

Ramanathan, 73, yang dibebaskan pada April lepas daripada tuduhan mencabul kehormatan dua atlet perempuan pada 1992, kini akan berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Rayuan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 8 November 1996, Ramanathan dihukum penjara empat tahun selepas Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan niat untuk mencabul kehormatan atlet berumur 15 dan 16 tahun itu di bangunan MABA di Kuala Lumpur antara pukul 9 pagi dan 10 malam, 23 Oktober dan 27 Oktober 1992.

Bagaimanapun pada 24 Februari 2005 Mahkamah Tinggi menerima rayuannya dan membatalkan pensabitan itu.

Pada 11 Julai tahun lepas, pembebasannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Ramanathan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.