saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/12/2009

Penceramah agama perlu tauliah


SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat jelata membawa Yasin sewaktu merasmikan Masjid Bandar Diraja Klang, sebelum solat Jumaat, semalam.


KLANG 11 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menegaskan, pihak yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri ini perlu mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi memastikan perpaduan ummah yang kukuh di negeri ini tidak dirosakkan oleh dakwah fahaman berpuak-puak dan ajaran mengelirukan yang boleh memecahbelahkan penyatuan umat Islam di negeri ini.

Titah baginda, bagi mengelak pengembangan ajaran sesat, mereka yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri ini hendaklah mendapat tauliah dari MAIS.

‘‘Jawatankuasa Tauliah MAIS telah menguatkuasakan kaedah-kaedah tauliah yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

‘‘Sebagai individu Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah maka patuhilah ajaran agama yang kita anuti ini dan jadilah individu bertakwa dengan melaksanakan apa yang diperintahkan serta meninggalkan segera apa yang dilarang,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Bandar Diraja Klang sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-64, di sini hari ini.

Baginda berharap, peranan masjid sebagai pusat penjanaan, pembinaan kekuatan ummah dan penyatuan umat Islam selain pusat ibadah, dapat direalisasikan.

Semua pihak juga, titah baginda, mesti berfikiran positif dan serius dalam menguruskan masjid kerana perubahan zaman yang disebut zaman globalisasi lebih mudah terbuka kepada kerenah dan cabaran semasa.

‘‘Namun kita mestilah sedar bahawa cabaran itu bukan sahaja datangnya dari luar tetapi juga dari kelemahan, kelalaian, kejahilan dan permasalahan dalaman kita sendiri yang kurang peka perihal agama, anak bangsa dan negara kita.

‘‘Kadangkala sikap terlalu optimis dengan ideologi kumpulan masing-masing yang memperbesarkan isu-isu remeh- temeh menyebabkan perpecahan dan sengketa di antara ummah,” titah baginda.

Justeru, baginda menitahkan agar masyarakat di negeri ini mengelak sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan huru-hara sehingga menjejaskan keharmonian dan keamanan di Selangor.

Titah baginda, pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan ekonomi perlu dilaksanakan agar kemampuan berbelanja tidak terjejas, kebajikan untuk golongan fakir miskin tidak dilupakan dan keupayaan menunaikan zakat yang banyak dapat dilaksanakan.

‘‘Beta yakin sekiranya seluruh rakyat dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk memajukan negeri ini, Insya Allah segala cabaran dan masalah dapat kita hadapi dengan sebaiknya,” titah baginda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.