saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 12/12/2009

Astro labur RM350j tahun depan


Dua model menunjukkan kotak media dan alat kawalan jauh untuk perkhidmatan berdefinisi tinggi.


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Astro All Asia Networks Plc. (Astro), pengendali saluran televisyen berbayar terkemuka, akan menambah pelaburan sebanyak RM350 juta bagi menyediakan perkhidmatan televisyen berdefinisi tinggi (HD TV) untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, daripada jumlah tersebut, RM200 juta akan diperuntukan bagi perbelanjaan modal manakala baki RM150 juta akan digunakan untuk perbelanjaan operasi.

‘‘Dana tersebut akan dijana secara dalaman dan ia akan digunakan untuk menyediakan program-program tempatan yang bersesuaian dengan HD TV serta mengembangkan teknologi dan platform tersebut.

‘‘Selain itu, pada tahun hadapan bakal menyaksikan program terbitan tempatan dalam bentuk HD dengan keutamaan akan diberikan kepada program terkenal kami seperti Akademi Fantasia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran HD TV Astro yang dikenali sebagai Astro B.yond di sini hari ini.

Sebelum ini, Astro telah melabur kira-kira RM200 juta untuk HD TV bagi tahun kewangan ini.

Tambah Rohana, Astro B.yond menawarkan perkhidmatan lebih inovatif kepada pengguna secara berperingkat dan dimulai dengan penyiaran HD yang pertama seumpamanya.

‘‘Pada masa ini sebanyak lima saluran yang menawarkan HD bagi program mereka iaitu saluran sukan, filem dan dokumentari seperti Astro Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan History HD.

‘‘Pada tahun hadapan kami akan menambah lima lagi saluran menjadikan 10 saluran kesemuanya yang menawarkan HD,’’ jelasnya.

Astro B.yond membabitkan perubahan besar dalam teknologi dengan pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan ini dengan RM20 sebulan dan komitmen selama 12 bulan.

Para pelanggan akan menerima sistem serba baru yang merangkumi kotak media B.yond baru, kad pintar baru, unit luar (ceper) baru, kabel pengantara multimedia HD (HDMI) dan alat kawalan jauh.

Rohana berkata, yuran pemasangan akan dikecualikan apabila menukar kepada sistem serba baru ini.

‘‘Astro B.yond juga akan memperkenalkan rakaman video digital (DVR), video atas permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.

‘‘Kami menjangkakan sebanyak 500,000 pelanggan Astro sedia ada akan mendapatkan perkhidmatan Astro B.yond ini dalam tempoh 18 bulan akan datang,’’ katanya.

Astro B.yond akan menyiarkan siaran HD dalam resolusi 1080i dan resolusi 720p dalam keadaan tertentu menepati piawaian antarabangsa kualiti gambar dalam definisi tinggi 10 kali ganda lebih baik dan kualiti audio lima kali ganda lebih baik daripada Dolby 5.1.

Mulai 18 Disember ini, pelanggan boleh mendaftar di laman web www.astro.com.my/byond atau menghubungi talian khidmat pelanggan Astro di 1300 82 3838.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.