saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 12/12/2009

Masjid Bandar Diraja Klang mercu tanda baru


Masjid Bandar Diraja Klang yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.


KLANG 11 Dis. - Selepas mengalami pelbagai masalah teknikal sepanjang pembinaannya, akhirnya Masjid Bandar Diraja Klang yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda baru di Klang siap dibina pada 21 Ogos lalu.

Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid tersebut dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena keputeraan baginda yang ke-64 hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, masjid tersebut mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Beliau berkata, pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam yang berurusan dan juga bekerja di Klang.

Katanya, tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar dan menjadi mercu tanda yang baru bagi bandar Klang.

"Pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid terapung bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Klang.

"Bagaimanapun di atas sebab teknikal air sungai Klang tidak dapat disalirkan di sekeliling kompleks masjid ini, sebaliknya kitaran air bersih terpaksa digunakan secara mekanikal untuk menimbulkan impak apungan kepada kompleks masjid ini," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Masjid Bandar Diraja Klang.

Tambah Mohammed Khusrin, pembinaan masjid ini telah mengalami pelbagai masalah teknikal dan hanya dapat disiap dan diserahkan secara rasmi kepada JAIS enam tahun lewat daripada jadual asal.

Daripada segi kemudahannya, kata beliau, masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.

Pada masa yang sama ujarnya, laluan pejalan kaki yang sedia ada diberikan wajah baru dengan menaik taraf kepada pedestrian mall yang membentuk waterfront kepada Sungai Klang ini.

"Oleh kerana tapak tanah yang diperuntukkan untuk tapak masjid ini terhad maka kemudahan rumah imam, bilal dan siak tidak dapat disediakan.

"Keadaan ini menyukarkan pegawai-pegawai berkenaan kerana terpaksa tinggal berjauhan dengan masjid.

"Jadi bagi mengimarahkan masjid ini adalah dicadangkan agar kawasan sekitarnya dapat dibangunkan semula secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa," tambahnya.

Cadang beliau lagi, kawasan sekitar masjid itu juga boleh dijadikan kawasan komersial moden yang mempunyai kemudahan perumahan dan ruang perniagaan untuk orang Islam yang lebih banyak sebagai sokongan kepada kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan di masjid tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.