saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/12/2009

Mas kahwin RM300 bukanlah satu beban

PENETAPAN kadar mas kahwin di Selangor yang dinaikkan kepada RM300 daripada RM80 dan RM40 mungkin sepatutnya dilakukan lama dahulu. Ramai yang menyokong kadar baru yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu.

Bagaimanapun ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan JAIS tersebut. Antaranya ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau memberi alasan, peningkatan kadar mas kahwin itu boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi "anak dara tua".

Sejauh manakah kebenaran dakwaannya itu? Benarkah kadar mas kahwin boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah wanita yang tidak berkahwin?

Kadar yang ditetapkan oleh JAIS itu bakal berkuat kuasa tahun depan. Kadar lama telah pun berlangsung lebih 30 tahun sejak 1978.

Dalam tempoh 1978-2009 itu, fenomena wanita yang tidak berkahwin walaupun usia semakin meningkat, memang selalu diperkatakan. Banyak kajian dan hujah dikemukakan bagi mencari jawapan kepada masalah itu.

Adakah kadar mas kahwin menjadi faktor mereka tidak mendirikan rumah tangga? Rasanya ia tidak ada kena-mengena dengan soal itu. Banyak lagi faktor lain yang membuatkan mereka tidak berkahwin.

Antara jawapan paling lumrah didengar ialah "belum ada jodoh". Dan seperti pepatah "jodoh pertemuan di tangan Tuhan" maka ia pastinya tidak ada kena-mengena dengan soal mas kahwin.

Jika sampai jodoh, pastinya ada usaha untuk mencari jalan mencukupkan mas kahwin. Banyak yang boleh dilakukan ke arah itu.

Jumlah RM80 atau RM40 yang dikenakan di Selangor sebelum ini rasanya bukan satu bebanan. Tetapi masih ramai juga yang tidak berkahwin.

Kini JAIS menaikkannya kepada RM300. Kenaikan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor. Sebagai sebuah agensi agama, JAIS pastinya tidak akan bertindak sekiranya kenaikan itu boleh membebankan.

Sekiranya seseorang lelaki itu ikhlas untuk berkahwin, jumlah RM300 bukan satu masalah. Lagipun segala-galanya memerlukan perancangan. Perkahwinan biasanya bukan dibuat secara tergesa-gesa.

Apa yang menjadi bebanan ketika ini ialah majlis perkahwinan dan segala macam hantaran untuk menjayakan majlis tersebut.

Namun jika pasangan berada dalam kategori tidak mampu, maka kenapa perlu mengadakan majlis yang membebankan?

Ikut sahaja cadangan Nik Aziz. Beliau mengaku tidak pernah meletakkan harga mas kahwin dan hantaran melebihi RM1,000 untuk anak-anaknya.

Bagi mereka yang mahu lebih berjimat, mungkin boleh mengadakan majlis yang lebih ringkas. Lupakan sahaja pelamin dan persalinan pengantin yang bernilai ribuan ringgit. Mereka boleh berjimat tanpa perlu mengupah jurusolek atau mak andam yang khidmatnya dikenakan bayaran yang tinggi.

Namun persoalannya sekarang ialah ramai yang mahu mengadakan 'kenduri terbaik' dan menjadi 'kenangan seumur hidup.' Maka pelbagai perancangan dan penambahan belanja diperlukan. Tidak salah kalau mampu. Namun jika tidak, jangan diikut kata hati. Ukurlah baju di badan sendiri.

Daripada trend semasa majlis perkahwinan, rasanya kadar mas kahwin yang ditetapkan oleh JAIS memang sangat munasabah.

Dan bagi anak-anak muda sekarang, rasanya RM300 itu juga bukan satu bebanan.

Ramai di kalangan mereka mampu memiliki kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi. Topi keledar sahaja berharga ribuan ringgit. Itu tidak termasuk sarung tangan dan jaket kulit.

Mereka juga boleh memiliki telefon bimbit berjenama mahal dengan model terkini. Ia dipenuhi dengan pelbagai aplikasi. Jadi RM300 untuk berkahwin sememangnya bukanlah satu beban atau masalah besar.

Memang benar Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik wanita ialah yang paling ringan mas kahwinnya."

Dan mengikut nilai semasa, jumlah RM300 itu merupakan kadar yang sangat ringan jika dilihat pada konteks sebuah perkahwinan. Tetapi jika lebih mahal pun, apalah salahnya memberi sesuatu yang berharga kepada orang yang bakal menemani kita seumur hidup?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.