saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Penduduk bantah pindah kubur Hindu

12/12/2009 5:07pm

SUNGAI PETANI 12 Dis. - Lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat sini membantah rancangan kerajaan negeri untuk memindahkan tanah perkuburan itu.

Mereka berkumpul di kawasan perkuburan itu seawal pukul 8.30 pagi tadi dan bersurai pada pukul 1.45 petang.

Seramai 20 anggota polis ditempatkan di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan sebelum penduduk bersurai tanpa berlaku insiden yang tidak diingini.

Difahamkan penduduk keturunan India itu membantah cadangan untuk memindahkan kawasan kubur berkenaan yang dikatakan sudah wujud di situ lebih 70 tahun lalu ekoran kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan Kolej Universiti Insaniah milik penuh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri dikatakan ada menawarkan kawasan baru yang juga berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.