saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Dua rakyat Bangladesh maut dalam kemalangan

12/12/2009 5:17pm

IPOH 12 Dis. - Dua rakyat Bangladesh maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km10 Jalan Pantai Remis-Ayer Tawar, 120 km dari sini hari ini.

Selim Kazi, 37, dan Nurul Amin Abdul Razak, 26, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Dua yang parah dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu ialah pemandu kereta berkenaan, M. Balakrishnan, 64, dan seorang lagi penumpang rakyat Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Ershad, 21.

Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Manjung, kata jurucakap polis ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kejadian dilapor berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Pantai Remis menghala ke Ayer Tawar itu merempuh belakang lori kelapa sawit yang juga dari arah yang sama.

Akibat hentakan kuat, bahagian depan kereta jenis Proton Iswara terbabit remuk teruk menyebabkan kesemua mangsa tersepit di celah kenderaan itu dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, katanya.

Pemandu lori itu, yang ketika kejadian dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah ladang kelapa sawit, tidak cedera. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.