saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Majlis persatuan penduduk merakyatkan konsep 1Malaysia

12/12/2009 5:48pm

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Majlis Persatuan Penduduk perlu ditubuhkan di peringkat Parlimen, negeri dan nasional dalam usaha merakyatkan konsep 1Malaysia, selaras dengan pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, penubuhan majlis itu di peringkat Parlimen akan membuka ruang untuk semua persatuan penduduk di sesuatu kawasan Parlimen menyuarakan pandangan, masalah dan rancangan.

"Anggota-anggota Parlimen juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan dapat mengadakan pertemuan dengan majlis ini dari semasa ke semasa.

"Malah kita dapat merancang program-program untuk rakyat dengan lebih tersusun lagi seperti kemudahan pembangunan seperti pembinaan pusat komuniti, kemudahan sukan dan sebagainya.

"Kita juga dapat memantau segala masalah yang wujud di sesebuah kawasan penduduk melalui peranan persatuan penduduk apabila mereka ketengahkan masalah masing-masing di peringkat majlis nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak di Dataran PPR Seri Semarak di sini hari ini. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.