saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Usah pertikai ramai bumiputera ke universiti awam - Dr M

12/12/2009 6:05pm

KUALA LUMPUR 12 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain tidak harus dipertikaikan dengan tuduhan bahawa ia satu tindakan perkauman yang mementingkan satu kaum dan meminggirkan kaum-kaum lain.

Mantan Perdana Menteri berkata dalam hal ini, peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang nanti akan memberikan pelbagai kesan negatif.

Dr Mahathir berkata di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kini jumlahnya hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain kerana tidak ramai Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan kekangan kewangan.

"Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta...pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera,” katanya dalam ucaptama bertajuk “UUM 25 Years Expectation vs Reality” di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini hari ini.

Konvensyen ini diadakan sempena Jubli Perak UUM dan menemukan para alumni UUM.

"Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,” katanya.

Malahan Dr Mahathir berkata “polisi afirmatif “ antaranya menerusi Dasar Ekonomi Baru bagi mengangkat Bumiputera dalam arus perdana pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, bukanlah sesuatu yang keterlaluan kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus dari jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

"Ini bukan perkauman...kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Malahan nak capai 30 peratuspun tidak mudah,” katanya.

Sambil mengingatkan jika perimbangan tidak wujud, maka mereka yang ketinggalan akan merasa benci dan iri hati dan mungkin akan bertindak liar, beliau berkata inilah yang kerajaan mahu elakkan daripada berlaku.

Katanya, tumpuan dan peluang lebih yang diberikan kepada Bumiputera tidak bermakna kaum-kaum lain diketepikan.

Dr Mahathir juga berkata adalah penting bagi kaum Bumiputera untuk memiliki pengetahuan yang diperlukan dalam pengurusan perniagaan kerana ramai daripada mereka tidak menggunakan wang sebagai modal atau melabur sebaliknya untuk membeli-belah.

"Kita perlu tukar pemikiran Bumiputera. Wang itu apabila dilabur memberi pulangan dan dengan itu meningkatkan kekayaan mereka.Biasanya mereka bila dapat wang berbelanja...kadang-kadang lebih belanja dari wang yang ada dan ini wujudkan masalah,” katanya.

Mengenai UUM, Dr Mahathir berkata hasrat penubuhan UUM sudah tercapai dan menampakkan kejayaan terutama melahirkan graduan Bumiputera dan juga kaum lain dalam bidang pengurusan tetapi usaha itu belum mencukupi.

"Masa depan UUM masih bergantung kepada percubaan untuk meningkatkan keupayaan terutama Bumiputera dalam bidang perniagaan,” katanya.

Menurutnya pelajar-pelajar seperti dalam bidang pengurusan, kewangan dan perakaunan perlu diajar memiliki pemikiran yang betul, ketahanan kuat serta memahami selok-belok masalah, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain.

Dr Mahathir turut berharap satu hari nanti akan wujud “bandar universiti” di Sintok, tempat letaknya UUM, seperti yang wujud di tempat lain seperti Cambridge dan Oxford, agar wujud satu daya tarikan dan pertumbuhan di kawasan sekeliling.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.