saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Kadar kematian bayi di Malaysia rendah

12/12/2009 6:09pm

JELI 12 Dis — Malaysia merupakan antara negara membangun yang menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat dengan antara lain berjaya mengurangkan kadar kematian bayi yang baru dilahirkan iaitu bagi setiap 1,000 kelahiran bayi hanya lima kematian yang direkodkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kedudukan negara dalam mutu perkhidmatan kesihatan di dunia kini berada di bawah sedikit daripada Amerika Syarikat.

“Perkhidmatan kesihatan di negara kita kepada rakyat sudah banyak berubah.

Mutu perkhidmatan kesihatan kita sudah setaraf dengan negara maju.

“Kalau dulu seperti di Jeli dalam era 50-an, jika satu keluarga melahirkan 10 orang anak, hanya lima hidup manakala lima lagi disimpan (mati).

“Sekarang negara mencatatkan setiap 1,000 bayi dilahirkan hanya lima kematian sahaja,” katanya yang juga Anggota Parlimen Jeli semasa merasmikan sistem komunikasi hospital Kelantan dan penyerahan 35 buah kenderaan untuk Jabatan Kesihatan Kelantan bernilai RM6 juta, di sini hari ini.

Mustapa berkata penambahbaikan dan perubahan mutu kesihatan negara kepada rakyat adalah bukti keperihatinan dan kecaknaan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik.

Mengenai peruntukan perkhidmatan kesihatan untuk Kelantan, beliau berkata Kelantan menerima RM327 juta daripada kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan sebanyak RM30 juta dalam pakej rangsangan ekonomi.

Beliau berkata tumpuan kerajaan kini adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk kawasan pedalaman di Kelantan.

Mengenai penilaian prestasi menteri-menteri Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok di bawah Prestasi Petunjuk Utama (KPI), Mustapa berkata ia menunjukkan betapa seriusnya Najib terhadap tanggunjawab kepada negara.

“Sebelum ini tiada siapa yang menilai prestasi menteri dan inilah kali pertama menteri dinilai.

“Ini langkah terbaik untuk pastikan semua menteri buat kerja,” katanya.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.