saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Najib bangga kejayaan Petronas peroleh kontrak di Iraq

12/12/2009 6:52pm

PEKAN 12 Dis Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperoleh dua kontrak di Iraq, termasuk membangunkan medan minyak Majnoon, lokasi minyak terbesar di negara tersebut.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu memperlihatkan Petronas semakin mendapat kepercayaan pihak luar dalam usaha mencari gali minyak.

"Saya belum dapat secara rasmi daripada Petronas lagi, apa yang saya tahu ialah sepertimana yang dilapor oleh surat khabar.

"Ia satu perkembangan yang sangat menggalakkan sebab ini merupakan kawasan yang sudah terbukti mempunyai simpanan minyak yang agak besar sebab biasanya kita dapat kawasan untuk eksplorasi kita tidak tahu kita akan berjaya atau tidak bila kita buat gerudi, kita tidak tentu sama ada akan temui minyak atau gas, kali ini nampaknya tidak ada risikolah kalau itu sebenar seperti apa yang dilaporkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sumber Pekan, di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan itu secara tidak langsung bukan sahaja akan menambahkan lagi pendapatan syarikat berkenaan, malah kepada negara amnya.

"(Sebenarnya) Petronas sentiasa mencari peluang, bila mereka berjaya baru dia buat pengumuman jadi usaha untuk mencari peluang untuk membangunkan kawasan minyak sentiasa dilakukan sepanjang masa, katanya.

Menurut laporan agensi berita luar semalam, projek medan minyak Majnoon itu merupakan kontrak bersama Shell yang berjaya diperolehi dalam pusingan kedua bidaan sejak 2003.

Kedua-dua syarikat berkenaan mencadangkan yuran sebanyak AS$1.39 (RM4.71) setong dan menyasarkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari berbanding kadar semasa 46,000 tong sehari.

Projek itu akan diasingkan sebanyak 60 peratus kepada Shell dan bakinya untuk Petronas.

Majnoon adalah medan minyak terbesar di selatan Iraq dan berhampiran dengan sempadan Iran, yang sekarang ini mengeluarkan 45,900 tong sehari dan disahkan memiliki rizab sebanyak 12.58 bilion tong.

Petronas dan Shell memenangi pembidaan itu selepas bersaing rapat dengan syarikat minyak Perancis, Total dan firma minyak China, CNPC, dengan mengetepikan tiga pesaing lain.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.