saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Sistem perbankan Islam Malaysia pada tahap tertinggi

12/12/2009 7:37pm

PEKAN 12 Dis — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem perbankan Islam di Malaysia telah berkembang pada tahap tertinggi, menjadikan Malaysia kini peneraju sistem perbankan Islam di dunia.

Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan pelan kewangan berkembar yang unik iaitu berlandaskan syariah sepenuhnya dan selari dengan pelan induk sektor kewangan negara.

"Sistem perbankan Islam dilihat sebagai satu sistem yang berkembang pada tahap yang tertinggi dan cepat jika dibandingkan dengan perbankan konvensional, peningkatan ini dilihat pada kadar dua digit iaitu kenaikan 10 peratus setiap tahun,” katanya ketika berucap merasmikan premis baru cawangan ke-54 Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di bangunan Umno di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Bank Muamalat Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Najib berkata pencapaian itu juga berikutan komitmen yang ditunjukkan kerajaan dalam memperjuangkan ajaran Islam sebagai salah satu cara hidup.

Antara usaha itu, katanya ialah dengan mewujudkan sistem latihan perbankan Islam yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bank Negara.

Sementara itu, beliau berharap Bank Muamalat berkenaan dapat memperkenalkan sistem pajak gadai Islam seperti Ar-Rahnu.

"Jika ada pajak gadai Islam di sini, maka pendedahan masyarakat tempatan kepada kegiatan Ah Long akan berkurangan,” katanya.

Pada majlis itu juga, Bank Muamalat telah membuka 200 akaun deposit bestari kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin sekitar Pekan dan Kuantan sebagai menunaikan tanggung jawab sosialnya.

Pada majlis berasingan selepas itu, Perdana Menteri mahu rakyat menokok tambah ilmu yang ada terutama dalam bidang teknologi maklumat untuk terus maju.

Najib berkata, kemahiran “soft skill” penting bukan hanya untuk mengakses maklumat malah mampu menjadikan seseorang itu lebih efisien dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Sumber Pekan yang menyediakan perpustakaan dengan lebih 5,000 buah buku, makmal ICT, makmal bahasa, bilik seminar, studio latihan teater, pejabat pentadbiran dan surau.

Katanya pusat berkenaan yang ditransformasikan daripada bangunan Umno itu turut melambangkan komitmen Umno dalam mengubah wadah perjuangannya.

"Umno sebagai satu institusi perlu berubah dalam pelbagai aspek umpamanya khidmat bakti harus menggambarkan keperluan terkini berbanding dulu memadai dengan sumbangan fizikal,” katanya.

Pada masa ini, katanya keperluan dalam melatih minda dan kemahiran rakyat amat penting dalam menyiapkan mereka menghadapi persaingan di masa depan.

Terdahulu, Najib turut merasmikan majlis berkhatan dan bertindik anjuran Wanita Umno Bahagian Pekan, Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia dan Yayasan Rahah melibatkan 600 kanak-kanak lelaki dan 98 perempuan.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.