saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Petronas Dagangan siasat lori tangki rempuh rumah

12/12/2009 7:41pm

KUALA LUMPUR 12 Dis Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden di mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.

Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator flit pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.

"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.

"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini, kata kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.