saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/12/2009

Peranan media penting untuk bimbing pemikiran rakyat

12/12/2009 11:31pm

KUALA LUMPUR 12 Dis Peranan wartawan sangat penting dalam membimbing pemikiran orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai.

"Sebenarnya setiap wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea.

"Apa yag sebenarnya disaji dan diutarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara, katanya pada majlis makan malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Najib berkata kerosakan yang akan terjadi lebih sukar untuk diperbaiki daripada membina sesuatu yang baik.

"Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar daripada peperangan, katanya.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.