saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/12/2009

Peranan pengamal media


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan anugerah laporan terbaik kepada Rozaman Ismail sambil diperhatikan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) pada Majlis Malam Penghargaan Media Massa UMNO 2009 di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pengamal media mengenai kepentingan bidang kewartawanan dalam membimbing pemikiran khalayak ramai untuk mengamalkan nilai-nilai yang murni.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, antara peranan itu ialah untuk menyemai nilai-nilai murni kekuatan roh perpaduan yang kemudiannya akan mampu melahirkan semangat patriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka.

"Apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai murni yang saya sebutkan, maka akan berlakulah gejala-gejala yang tidak diingini.

"Sebenarnya setiap daripada wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea.

"Apa yang sebenarnya disajikan dan utarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara," katanya berucap pada Majlis Malam Penghargaan Media Massa UMNO 2009 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua ketiga-tiga sayap parti itu.

Dalam pada pada itu, Najib berkata, nilai-nilai murni lain yang perlu disemai oleh media ialah empati, keprihatinan mendalam terhadap sesama rakyat dan bertindak secara bertanggungjawab.

"Nilai-nilai murni lain ialah kebebasan, keseimbangan dan keadilan supaya kestabilan serta kemajuan negara dapat dipelihara untuk generasi masa depan," ujarnya.

Katanya, nilai-nilai itu juga harus membabitkan semangat sukarela dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan pembelajaran, perlindungan kesihatan, membendung penyakit yang menjalar, jenayah dan fenomena keruntuhan moral.

"Saya berpendapat sudah sampai masanya kita suburkan semangat kesukarelaan dan kita buka peluang seluasnya untuk rakyat turut ikut serta dalam mengamalkan usaha-usaha baik ini," katanya.

Mengulas isu sama, beliau juga mengingatkan media supaya tidak bertindak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara kerana apabila ia terjadi, sukar untuk dibaiki daripada membangunkan sesuatu yang baik.

"Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar dari peperangan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.