saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/12/2009

Pencalonan AIM17 bermula


AIZAT ungguli kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik pada AIM 16 lalu.


ACARA gilang gemilang lagi berprestij dunia muzik tempatan, Anugerah Industri Muzik edisi yang ke-17 (AIM 17) kembali menggegarkan. Dengan malam kemuncak majlis penganugerahan, AIM 17 terus merealisasikan keunggulan kualiti industri muzik tempatan.

Edisi kali ini, AIM mempertandingkan 29 buah kategori dengan beberapa penambahan dan perubahan.

Antaranya termasuk mengiktiraf artis yang telah merakam lima buah lagu sebagai sebuah album serta melayakkan mereka untuk bertanding pada kategori yang disediakan.

Penambahan dan perubahan yang dilakukan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia Industri Malaysia (RIM) sejajar dengan senario semasa.

Ini memandangkan sudah tidak banyak lagi pihak yang menerbitkan sebuah album penuh berikutan penjualan album yang lembap.

Biar pelaksanaan perubahan ini bukan sesuatu yang baru memandangkan ia telah dilaksanakan sejak AIM 16 lepas namun perubahan ini diharap mampu membantu menggalakkan lebih banyak penyertaan pencalonan.

Sementelah sejak kebelakangan ini corak industri muzik kita lebih banyak tertumpu kepada pembikinan dan penjualan album single atau EP.

Justeru, dalam usaha mengekalkan prestij, RIM turut membuka pintu kepada EP untuk bertanding dalam beberapa kategori.

Ini termasuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki, Wanita dan Berkumpulan), Artis Baru Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik.

Selain daripada itu, seperti yang diumumkan mulai AIM 16 lalu, bukan hanya album yang dijual di kedai layak bertanding malah penyertaan turut dibuka kepada lagu-lagu penuh yang dijual secara muat turun di internet.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, apalah sebuah majlis penganugerah andai tiada sebuah persembahan hiburan.

Mengiktiraf dan meraikan bakat-bakat serta penggiat seni muzik kita sama ada di depan mahupun belakang tabir, sudah tentu kehebatan persembahan artis menjadi agenda penting untuk dipersembahkan kepada khalayak.

AIM 17 yang bakal berlangsung April tahun depan sudah pun mula mengedarkan borang pencalonan kepada semua ahli-ahli yang berdaftar dengan RIM.

Masih mengekalkan format lama, album atau EP yang layak dipertandingkan pada AIM 17 adalah album / EP yang dipasarkan dari 1 Disember 2009 hingga 31 Disember 2009.

Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan AIM 17 ini adalah pada 8 Januari 2010 sebelum pukul 4 petang.

Bagi syarikat rakaman dan rumah produksi yang berminat untuk mencalonkan album / EP mereka bagi AIM 17 tetapi tidak mendapat borang pencalonan, atau untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai AIM 17 bolehlah menghubungi pihak RIM di talian 03- 6207 2900 atau Persatuan Akademi industri Muzik Malaysia di talian 03-40445388.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.