saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/12/2009

Iktiraf karya unggul di ASK 2009


Tersasar di jalanmu melayakkan Eirma Fatimah memenangi tiga trofi.


AKHIRNYA keputusan Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) yang ditunggu-tunggu diketahui setelah hampir dua bulan menjadi tanda tanya. Pengumuman pada malam Jumaat minggu lalu telah menjawab banyak persoalan siapakah pemilik karya seni tempatan terbaik dan begitu juga dengan pelakonnya.

Sekali gus ia menghapus segala debaran dan persoalan apabila si pemenang dinobatkan pada majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tidak terlewat untuk mengucapkan sekalung tahniah buat penyandang gelaran juara untuk setiap 23 acara yang dipertandingkan. Begitu juga penyandang bagi kategori khas, Anugerah Yasmin Ahmad iaitu Jaclyn Victor. Penyanyi bersuara lantang ini dipilih kerana berpotensi menunjukkan kemajuan dalam bidang seni tanah air.

Jaclyn terkejut apabila diumumkan sebagai bintang baru berbakat besar dalam kategori julung kali diperkenalkan. Ekspresi wajahnya jelas kelihatan sewaktu mengambil trofi lakaran pucuk rebung dan songket daripada kakak Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Datin Orkid Ahmad.

"Terima kasih atas segalanya. Saya betul-betul terharu dengan anugerah ini. Terima kasih kepada semua," kata penyanyi lagu Gemilang ini.

Bermula dengan kategori filem, ternyata Wayang yang dihasilkan orang akademik dari sekolah filem ini berjaya menewaskan empat lagi filem iaitu Susuk, Kami The Movie, Budak Kelantan dan Talentime.

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Hatta Azad Khan dipilih sebagai Pengarah Terbaik apabila menewaskan rakan seperjuangannya yang terdiri daripada Effendy Mazlan (Kami The Movie), Naeim Ghalili dan Amir Muhammad (Susuk), Wan Azli Wan Jusoh (Budak Kelantan) dan Allahyarham Yasmin Ahmad (Talentime).

Usaha Farina Azlina untuk melihat kejayaan filem Kami The Movie berbaloi kerana memenangi kategori Lakon Layar Terbaik dengan mengenepikan Pauline Tay (Susuk), Dr. Hatta Azad Khan (Wayang), Wan Azli Wan Jusoh (Budak Kelantan) dan Allahyarham Yasmin Ahmad (Talentime).

Bagi Pelakon Lelaki Terbaik pula, Eman Manan menerusi filem Wayang berjaya membawa watak secara berkesan sebagai Tok Dalang sekali gus mengetepikan lakonan Mohd. Asrulfaizal (Budak Kelantan), Adlin Aman Ramli (Los dan Faun), Mahesh Jugal Kishor (Talentime) dan Que Haidar (Maut).

Lakonan Liyana Jasmay menerusi filem Kami The Movie ternyata memikat barisan juri yang memilihnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Empat finalis yang turut bersaing merebut trofi itu ialah Mas Muharni (Wayang), Sabrina Hassan (Maut), Pamela Chong (Talentime) dan Nabila Huda (Bohsia).

Watak lelaki buta yang jatuh cinta dengan seorang gadis sengau menjadi taruhan Zul Huzaimy dalam ASK 2009 ini. Ternyata lakonan pelakon itu tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menewaskan Nas-T (Kami The Movie), Mohd. Syafie Naswip (Talentime), Adik Hadziq (Syurga Cinta) dan Md. Eyzendy (Budak Kelantan).

Sekali lagi, filem Wayang mendapat tepukan gemuruh kalangan penonton apabila Ida Nerina diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dengan meminggirkan pencalonan semula lakonannya menerusi filem Susuk. Begitu juga tiga bintang daripada filem Talentime iaitu Adibah Noor, Sukania Venugopal dan Jaclyn Victor.

Bagi kategori drama pula, Tersasar Di Jalanmu arahan Eirma Fatima dijulang sebagai Drama Terbaik menewaskan Takbir Rindu, Mama Nenek, Tak Serupa Tapi Sama dan Becha Usang.

Pengarah teater Natrah ini juga menyandang gelaran Pengarah Terbaik Drama menerusi drama yang sama sekali gus melenyapkan impian Rashid Sibir (Al-Kiswah), Mohd. Heykal (Terlerai Kasih Takbir), Murali Abdullah (Tak Serupa Tapi Sama) dan Hafizul Tahir (Becha Usang) untuk menang.

Sekali lagi, wanita itu naik ke atas pentas untuk menerima trofi bagi Lakon TV Terbaik. Kemenangan itu tidak disangka apabila melihat kepada persaingan sengit antara Mufid Suhaimi Bahaudin (Terlerai Takbir Kasih), Norfaznita Md. Noor (Tak Serupa Tapi Sama), Zuraida Ramli (Mama Nenek) dan Mohd. Danial Hasbullah (Becha Usang) yang turut dicalonkan sebagai lima terbaik.

lakonanKeunggulan lakonan Rosnah Mat Aris dalam drama Tersasar Di Jalanmu tidak perlu dipertikaikan apabila memenangi Pelakon Wanita Terbaik. Wanita itu meyakinkan juri dengan penghayatan wataknya meminggirkan lakonan Norlia Ghani menerusi AL-Kiswah, Noor Khiriah (Terlerai Takbir Kasih), Kartina Aziz (Mama Nenek) dan Zarina Zainordin (Becha Usang) jauh ke belakang.

Tersasar Di Jalanmu juga melayakkan Norish Ismail menyandang gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama sekali gus melenyapkan impian Nurul Akmar (Jalan Pintas Ke Neraka), Lisdawati (Terlerai Takbir Kasih), Sheila Mambo (Tak Serupa Tapi Sama) dan Erin Malik (Mama Nenek) untuk menang.

Que Haidar tidak percaya apabila terpilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Terlerai Takbir Kasih. Dia menewaskan Fizz Fairuz (Tak Serupa Tapi Sama), Rosdeen Suboh (Tersasar Di Jalanmu), Fauzi Nawawi (Takbir Rindu) dan Jalil Hamid (Becha Usang).

Begitu juga dengan Ahmad Tarmimi Saregar (Jalan Pintas Ke Neraka) yang layak menyandang gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama. Empat lagi pencalonan terdiri daripada Remy Ishak (Jalan Pintas Ke Neraka), Fahrin Ahmad (Al-Kiswah), Eds Edrina (Tersasar Di Jalanmu) dan Hushari Hussin (Tersasar Di Jalanmu).

Juri memilih Kekasihku Seru sebagai Drama Rantaian Terbaik berbanding Menanti Sinar Menelan Kabus, Front Page, Alam's Story dan Rona Roni Makaroni yang turut dipertandingkan.

Datin Wanabe pula dinobatkan sebagai Drama Komedi Terbaik menewaskan Hua Hua Hua, Ceplos, Lawaking dan Impian L yang tercalon pada malam berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.