saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/12/2009

Bina universiti kolej automotif

PEKAN 12 Dis. - Kumpulan DRB-Hicom akan mendirikan sebuah universiti kolej automotif bertaraf antarabangsa di daerah ini dalam usaha menjadikan Pekan hab automotif terulung di rantau ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, universiti itu dijangka memulakan pengambilan pelajar sulungnya pada Mac 2010.

"Sebagai permulaan, kampus sementara di Kuantan, dijangka mengambil seramai 140 pelajar untuk mengikuti kursus industri automotif," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Kompleks Automotif DRB-Hicom, di sini hari ini.

Berangkat ke majlis tersebut ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Menurut Mohd. Khamil, pembinaan kolej tersebut akan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan mendalam selain meningkatkan tahap kemahiran pekerja dalam bidang automotif dan permotoran negara.

Jelasnya, kolej itu juga akan membuka peluang yang lebih luas kepada anak tempatan untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu automotif bertaraf dunia bagi menampung keperluan modal insan menjelang 2020.

"Dengan adanya kolej automotif ini, Pekan akan menjadi tumpuan dan sudah tentu ini membawa kepada kesan rantaian yang menyumbang kepada kepesatan ekonomi setempat," katanya.

Mohd. Khamil berkata, sejajar dengan saranan kerajaan menjadikan Pekan sebagai hab automotif terulung di bawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur, DRB-HICOM juga dalam perancangan terakhir untuk memperluaskan lagi kawasan kompleks berkenaan merangkumi trek ujian bertaraf antarabangsa.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan sejarah yang bakal dicipta oleh DRB-Hicom apabila kompleks automotifnya itu akan mengeluarkan kereta Suzuki Swift untuk pasaran eksport mulai April 2010.

Malah katanya, DRB-Hicom juga telah diberi hak untuk melancarkan dua lagi model terbaru Suzuki pada tahun depan di mana salah satu daripadanya merupakan pemasangan tempatan (CKD).

"Usaha ini akan menambahkan lagi jumlah dan kemampuan pemasangan kereta di kompleks ini," katanya yang memberitahu sehingga kini kompleks itu telah mengeluarkan lebih 500,000 kenderaan pelbagai jenama termasuk Mercedes Benz, Suzuki dan Isuzu.

Menurut Mohd. Khamil lagi, DRB-Hicom sehingga kini telah melabur sejumlah RM746 juta untuk membina dua buah kilang automotif, sebuah pusat PDI dan sebuah kilang untuk kontrak pertahanan di kompleks berkenaan.

"Semenjak 1984, Kompleks Automotif ini telah menjana pendapatan sebanyak RM5 bilion," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.