saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/12/2009

Pemimpin Pas, PKR diselar enggan tegur DAP

BACHOK 13 Dis. - Pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam diselar kerana sanggup menggadaikan agama apabila enggan menegur pemimpin DAP yang membandingkan peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Husin (gambar) berkata, tindakan sedemikian amat bertentangan dengan pendirian pemimpin Pas yang selama ini mendakwa memperjuangkan kepentingan Islam.

Tindakan mereka itu jelas beliau, umpama pemimpin yang 'patah taring' apabila enggan menegur sikap beberapa orang pemimpin DAP itu.

"Mungkin pemimpin Pas khuatir dan terlalu takut akan kehilangan kuota pembahagian kerusi bagi kawasan orang Cina," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk dekat sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang membandingkan perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Awang Adek berkata, suatu ketika dahulu Pas benar-benar memperjuangkan Islam apabila pemimpin mereka berani menegur isu-isu yang melibatkan kepentingan agama Islam apabila dipertikaikan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, apa yang berlaku sekarang membuktikan secara jelas bahawa Pas gemar bersandiwara berpaksikan Islam.

Jelas beliau, mereka akur dengan kehendak DAP sekali pun bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenarnya.

Menurutnya, isu yang dipersoalkan DAP juga membuktikan parti itu tidak menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi selain tidak menghormati rakan mereka dalam pakatan pembangkang.

"Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membangunkan syiar Islam tidak pernah diungkitkan oleh mana-mana pihak termasuk dari DAP sendiri sebelum ini.

"Apa pun, ia sudah mulai disentuh dan pastinya mengguris perasaan umat Islam. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana agama Islam sebagai agama rasmi negara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.