saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/12/2009

Menoleh karya besar Rahim Razali

BEBERAPA hari lalu saya menonton semula filem-filem karya Rahim Razali yang membuka lembaran baru filem tempatan dekad 1980-an. Dalam kelelahan filem-filem kita di panggung sekarang ini, Rahim sebenarnya memberikan anjakan yang melampaui zamannya.

Rahim sebenarnya lebih dekat dengan konsep Jebat yang disemai dalam kebanyakan filem arahannya. Kehadiran Jebat sangat jelas dan inilah kritikan sosial Rahim sekalipun filem-filem ini memperlihatkan ketidakupayaan pihak berkuasa tertentu. Jebat diangkat untuk mencari keadilan sosial tanpa membiarkan diri menjadi mangsa birokrasi dan manipulasi undang-undang.

Konsep Jebat bagi Rahim adalah hitam, tegas, berani tapi bertanggungjawab. Jebat Rahim tidak ada dalam idealisme filem Melayu sebelumnya. Watak wira persepsi Rahim besar dan sentiasa diingat. Moral dari filem Rahim wajar dilihat dari sudut dan pendekatan lain.

Filem Pemburu, Matinya Seorang Patriot, Puteri dan Anak Sarawak menonjolkan konsep Jebat, wira hitam dalam konteks yang relevan dengan semasa. Rahim dikesan mula mengganas dan memprotes ketidakadilan sosial dalam Pemburu. Kapten Khamis (lakonan Ahmad Yatim) dalam Pemburu adalah kelangsungan Jebat yang tidak percaya ada keadilan sosial untuknya.

Rahim memanjangkan protes dan konsep Jebat dalam Matinya Seorang Patriot. Filem yang mengemukakan konsep penyuntingan luar konvensional mendapat reaksi yang bukan sedikit daripada penonton filem Melayu.

Mereka hilang konsentrasi apabila Mior Hashim Manap mengubah gaya suntingan. Tetapi tidak banyak yang melihat motif sebuah filem seperti Matinya Seorang Patriot.

Filem ini menjadi subjek penting lahir di tengah-tengah demam ''BCA'' (Bersih Cekap Amanah). Kekesalan Rahim tentang BCA hanya menjadi hiasan di dinding ini dilontarkan dengan keras dalam Matinya Seorang Patriot. Watak Haji Saaban pengerusi Melati Holding lakonan Mustapha Maarof adalah model BCA. Tetapi pengarah lain dalam Melati Holding tidak menghayati BCA.

Sekalipun banyak filem Melayu semacam memusuhi dan memberikan imej hitam kepada golongan kaya tetapi Rahim melihat kaya dan imej hitam dari sudut lain. Haji Saaban sama seperti Kapten Khamis tetapi mereka berada dalam milieu berbeza. Rahim melangsungkan Kapten Khamis dalam jiwa lima anak Haji Saaban. Pedang dan keris sekali lagi jalan penyelesaian terakhir selepas kewarasan dipermainkan.

Puteri sebuah filem remaja cara Rahim yang sekali lagi memperlihatkan karya yang bertolak daripada konsep Jebat. Rahim menghantar protes permainan kotor orang kaya menerusi watak lakonan Eman Manan.

Eman Manan dalam Puteri berada dalam ruang litup yang sama dengan Ahmad Yatim dalam Pemburu. Puteri membawa subjek yang sama; mencari keadilan. Kerana sistem sosial gagal memberi keadilan, Puteri mengemukakan watak lakonan Eman untuk menyelesaikan sekali gus berlaku adil.

Kisah percanggahan ideologi politik dalam Anak Sarawak juga banyak dibangunkan daripada sisi Jebat. Anak Sarawak kembali mengingatkan Abang tentang institusi keluarga. Maka dalam filem-filem Rahim yang bernada protes, nama-nama seperti Kapten Khamis, Haji Saaban, Haji Pawi (dalam Anak Sarawak) melanjutkan persepsi Jebat dari situasi dan mentaliti yang berbeza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.