saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 15/12/2009

Kembali muda secara sihat


buah-buahan membekalkan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh.


SEMAKIN maju sesebuah negara itu, semakin banyak penduduknya menghidapi penyakit terutamanya yang kronik. Ini kerana, perubahan persekitaran, gaya hidup, pemakanan dan daya tahan penyakit yang agak berbeza, turut mempengaruhi jangka hayat seseorang.

Jika dahulu, penyakit lebih kepada jangkitan kuman kerana tiada imunisasi dan vaksin, menyebabkan ramai yang meninggal dalam usia yang muda.

Bagaimanapun, zaman berubah, kini perkhidmatan kesihatan semakin bagus dan wujudnya imunisasi dan vaksin terbaru bagi menyembuhkan penyakit, penjagaan kebersihan bertambah elok, penyaluran air bersih sekali gus menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi lebih panjang.

Apabila jangka hayat itu menjadi lebih panjang, tidak semestinya seseorang itu sihat. Misalnya usianya mencapai 80 tahun tetapi pada umur 60 tahun ia telah berpenyakit, lumpuh dan tidak dapat menjalankan kegiatan harian. Jadi dari umur 60 hingga 80 tahun itu hidupnya tidak berfungsi.

Maka, inilah yang perlu diatasi, hidup lama tetapi dalam keadaan sihat dan bukan sebaliknya. Ini kerana jika umur panjang tetapi menderita, tidak memberi sebarang kebaikan malah bakal menyusahkan keluarga dan menjadikan kehidupan tidak bahagia.

Justeru itu, anti penuaan diperlukan dalam gaya kehidupan seseorang untuk sentiasa sihat walaupun dalam usia yang lanjut. Anti penuaan mempunyai matlamat untuk memanjangkan jangka hayat dan jangkamasa seseorang itu berada dalam keadaan sihat.

Pemilik Klinik Mempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, Dr. Mahathir Mohamed berkata, prinsip utama dalam anti penuaan ialah pemakanan. Ini kerana pemakanan yang betul iaitu makanan anti keradangan boleh membantu seseorang itu kembali muda dalam keadaan sihat.

''Gula di dalam badan merupakan bahan yang boleh merosakkan badan dan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin.

''Apabila badan banyak insulin, gula itu akan bertukar dan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan orang percaya jika kita makan lemak kita akan menjadi gemuk tetapi pada hakikatnya gula lebih teruk daripada lemak.

''Dalam masa konsultasi, seseorang itu akan diajar bagaimana memilih makanan yang betul. Dalam badan kita ada tiga pemakanan utama iaitu karbohidrat, protein dan lemak,'' katanya ketika ditemui di kliniknya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Mahathir, karbohidrat yang elok ialah dari sayur dan buah dan ini telah mencukupi untuk keperluan karbohidrat badan dan tidak perlu ditambah dengan gula sebab ini sahaja badan perlukan.

Protein pula terdiri daripada ayam, ikan, daging, tauhu manakala lemak yang paling kaya dan tidak diperlukan ialah lemak trans. Badan tidak boleh memprosesnya lalu terhasillah keradangan di dalam badan dan seterusnya menyebabkan penyakit kronik. Contoh lemak trans ialah marjerin dan seeloknya diganti dengan butter.

Lemak yang elok ialah minyak zaitun (mono tidak tepu) dan minyak ikan (omega 3) penting kerana dalam kajian membuktikan omega 3 yang tinggi boleh melawan proses keradangan dan mengelak pembentukan pembekuan darah serta tersumbatnya saluran darah ke jantung.

Selain itu, minyak kelapa dara juga sesuai dan elok untuk pemakanan. Ia mengandungi medium chain triglyceride. Ia tidak disimpan sebagai lemak di dalam badan. Minyak-minyak ini stabil manakala minyak-minyak lain mungkin berubah menjadi lemak trans.

''Semasa makan, seeloknya di dalam pinggan 1/3 terdiri daripada protein iaitu sebesar tapak tangan manakala selainnya diisi dengan sayuran. Elakkan mengambil nasi dan jika memerlukan hanya mengambil beras basmathi.

''Di samping itu pula, karbohidrat mengandungi cglycemic index. Jika kita makan kentang, cglycemic indexnya tinggi dan kandungan gula di dalamnya akan menyerap cepat di dalam badan. Maka badan akan mengeluarkan hormon insulin. Bila seseorang berehat sahaja, insulin yang banyak akan menolak gula dan disimpan sebagai lemak, gula turun mendadak sehingga ke bawah paras normal, menyebabkan rasa menggigil, lapar, emosi tidak stabil dan letih.

''Seeloknya makanan kita mempunyai cglycemic index yang rendah, kentang boleh ditukar kepada keledek kerana cglycemic rendah. Apabila rendah, maka gula akan naik perlahan, stabil dan tidak akan turun di bawah paras normal. Dengan cara ini insulin tidak terlalu banyak dan tidak akan menyimpan gula sebagai lemak, kencing manis dapat dielakkan,'' katanya.

Ujarnya, anti penuaan kedua ialah senaman. Ramai kata tidak ada masa melakukan senaman. Sebenarnya itu bukan alasan yang munasabah. Senaman bukan semata-mata boleh dibuat di gim atau mengambil masa yang lama, bahkan boleh dilakukan di rumah, tanpa peralatan dan tidak lebih empat minit.

''Bila bersenam ada dua perkara yang penting iaitu kadar denyutan nadi ini perlu sampai ke sesuatu tahap bergantung kepada umur seseorang. Jika selagi jantungnya tidak laju, tidak akan mendapat faedah daripada senaman itu. Ini kerana ia perlu jantung mengepam dengan laju dan ia menguatkan jantung.

''Kedua, latihan ketahanan yang penting untuk lelaki dan wanita. Contohnya senaman yang boleh dilakukan di rumah ialah ketuk ketapi, bengkok tangan dan tolak ke atas kepala; satu atau tangan berputar, breakdance dan push up.

''Senaman-senaman yang digelar senaman Tabata mengambil nama penciptanya saintis dari Jepun, Izumi Tabata hanya mengambil masa empat minit.

''Mula apabila jarum saat sampai ke angka 12, kita mulakan senaman selama 20 saat iaitu hingga angka 4, kita rehat 10 saat. Bila jarum saat sampai angka 6, kita mula bersenam semula selama 20 saat hingga angka 10, kemudian rehat 10 saat. Ulangi perkara yang sama selama empat kali.

''Selalunya senaman ini dilakukan selang sehari dan berlainan jenis senamannya bergantung kepada seseorang itu.

''Senaman yang dilakukan ini untuk kaki dan bahagian badan. Sebenarnya senaman ini menguatkan otot dan buat gaya yang begitu cepat, ia akan membakar lemak dan digunakan lemak sebagai tenaga. Metabolisme meningkat dan menyebabkan badan membakar lemak sepanjang hari,'' jelasnya.

Menurut Mahathir, anti penuaan yang ketiga ialah pengambilan suplemen. Kini, kebanyakan tanah, sayur, haiwan kekurangan nutrien, maka apabila menjadi sumber makanan, zat yang diperoleh daripadanya sangat berkurangan, maka ada sesetengah orang memerlukan suplemen atau vitamin. Tetapi tidak semua orang memerlukan dan bergantung kepada masalahnya, contohnya pesakit lulut disebabkan oleh radang dalam badan.

''Kita syorkan omega 3 daripada minyak ikan yang mempunyai Deoxyhexanoic Acid (DHA) dan Eicosapentanoic Acid (EPA). Lain-lain suplemen seperti ekstrak kunyit (mengurangkan radang) serta glucosamine dan chondroitin sulphate (kedua-dua bahan ini menghasilkan pelincir untuk lutut),'' ujarnya yang mengharapkan lebih ramai yang sedar tentang anti penuaan tersebut.

Selain itu, katanya, bagi anti penuaan, penggantian hormon lelaki atau wanita harus dilakukan bagi mengembalikan mereka kepada paras lebih muda.

''Ramai yang tidak menyedari hormon di dalam badan sebenarnya tidak mencukupi. Contohnya hormon tiroid yang berfungsi untuk metabolisme badan, sistem imun, penting untuk rambut dan kulit. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan seseorang itu cepat letih, tidak bertenaga, rambut gugur, kuku rapuh, kulit kering dan kitaran haid tidak teratur.

''Sama juga dengan seorang wanita yang menopaus, hormon yang kurang ialah estrogen dan progesteron. Maka wanita ini perlu membuat ujian darah untuk meningkatkan balik hormon ke paras yang normal. Kedua-dua hormon ini penting untuk daya ingatan, dan jika kurang kemungkinan akan nyanyuk.

''Bagi lelaki pula, apabila berlaku andropaus, maka hormon lelaki tidak menghasilkan testosteron dan akan kehilangan otot (lembik), lemak bertambah, sakit jantung dan kadang kala susah untuk berjalan. Apabila penggantian hormon dijalankan maka, seseorang itu akan beransur sembuh dan berat badan akan bertambah,'' katanya yang juga diplomat American Board of Anti-Aging and Regenerative Medicine (ABAARM).

Anti penuaan yang terakhir ialah mengurangkan stres, jelasnya, jika beragama Islam, maka dinasihatkan supaya khusyuk dalam solat.

''Bila seseorang itu stres, bakal menghadapi risiko sakit jantung. Bagi wanita pula, hormon menjadi tidak stabil dan peredaran haid tidak teratur. Maka seseorang itu harus menjalani konsultasi bagi mengatasi masalah ini sekali gus hidup lebih panjang dalam keadaan yang sihat,'' katanya diakhir perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.