saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/12/2009

Cuit 'mogok menulis' minggu ini...

EKORAN pojok Cuit minggu lalu bertajuk India di India, India di Malaysia tiga laporan polis telah dibuat ke atas kolumnis Zaini Hassan dan Utusan Malaysia.

Laporan Polis I

Pada 10 Disember lalu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul Kuala Lumpur oleh ahli Pemuda MIC, T. Padmanathan.

Pengadu mendakwa artikel itu mengandungi unsur-unsur berupa komen dan cemuhan terhadap masyarakat kaum India dan memburuk-burukkan sikap mereka. Pengadu mendakwa artikel tersebut berunsur fitnah melalui kenyataan:

''India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi mewakili DAP dan PKR.

"Kerana mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran.''

Pengadu mendakwa akhbar Utusan Malaysia telah melampaui batasan yang telah ditetapkan bagi kebebasan media. Pernyataan yang melulu ini boleh mencetuskan perbalahan etnik dan mampu menjejaskan reputasi kaum India. Pernyataan-pernyataan tersebut menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan warganegara Malaysia yang terdiri daripada kaum India. Sekiranya artikel dibaca secara keseluruhannya sasaran penulis adalah seorang ahli Parlimen tetapi penulis telah menyalahgunakan kebebasan beliau untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mencetuskan sensitiviti perkauman. Kami bimbang bahawa tindakan ini akan berterusan. Maka kami berharap agar tindakan yang setimpal harus diambil terhadap akhbar tersebut.

Laporan Polis II

12 Disember, Kumpulan Khidmat DAP Jelapang membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelapang.

Laporan Polis III

13 Disember, seramai 15 lelaki India hadir membuat laporan polis di IPD Klang berhubung artikel yang sama. Akhbar Utusan Malaysia turut dibakar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.