saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 17/12/2009

Bukit Kanada tidak selamat didiami

MIRI 16 Dis. - Kajian geologi dan pemetaan di Bukit Kanada mengenal pasti beberapa kawasan di tapak bersejarah itu berisiko mengalami geobencana termasuk tanah runtuh, runtuhan batu dan kegagalan cerun.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, perkara ini disahkan oleh pakar Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang membuat kajian terhadap kawasan itu terutama pada musim tengkujuh.

''Justeru jabatan mencadangkan agar penduduk yang tinggal di sekitar kaki bukit dan lereng bukit berpindah ke tempat lain untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Maklumat Geologi Dalam Pengurusan Geobencana di sini semalam.

Hong Nam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam dan Penyelamat negeri berkata, beliau sudah memaklumkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Pejabat Residen Miri untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa musim tengkujuh.

Katanya, ini termasuk memberi arahan untuk menutup cerun dengan plastik supaya tanah tidak mudah menggelongsor ketika basah.

''Kita tidak dapat memindahkan penduduk kampung begitu sahaja, dan saya sudah bercakap dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengatasinya," katanya sambil menambah kerajaan tidak boleh memaksa mereka berpindah kerana itu adalah tanah mereka.

Kata beliau, langkah menempatkan semula penduduk di situ mengambil masa dan kerajaan hanya mampu memberi amaran mengenai risiko di situ pada masa ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.