saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 18/12/2009

Perlu kaji semula

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tindakan kerajaan memotong peruntukan Institut Kemahiran Mara (IKM) sehingga 200 peratus dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sehingga 60 peratus boleh menjejaskan perkembangan kedua-dua institusi Pendidikan tersebut.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, secara tidak langsung ia boleh membantut usaha untuk membantu lebih ramai bumiputera maju dalam bidang latihan dan pelajaran.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula langkah tersebut supaya kedua-dua institusi berkenaan dapat menjalankan peranan serta fungsinya dengan lebih berkesan.

''Sebagai contoh IKM yang sebelum ini mendapat peruntukan RM403 juta setahun, kali ini hanya memperoleh peruntukan sebanyak RM143 juta setahun. Angka ini melibatkan penurunan sebanyak 200 peratus.

''Begitu juga dengan MRSM. Sebelum ini MRSM menerima peruntukan kira-kira lebih RM200 juta tetapi kali ini jumlah peruntukan hanya sekadar RM116 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul memindahkan wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu usul tersebut telah dibentang untuk dibahaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung.

Usul itu kemudian telah diluluskan selepas dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen.

Ahmad berkata, ekoran pemotongan peruntukan kepada MRSM, empat buah maktab yang baru disiapkan tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan kerana gagal dilengkapkan dengan perkakasan.

Sementara itu, beliau berkata, usaha untuk membantu golongan bumiputera terutama melalui agensi-agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu digandakan supaya mereka mampu lebih bersaing.

''Untuk pengetahuan golongan bumiputera terutama di kalangan para usahawan kini menghadapi saat yang cukup rumit dan mahu tidak mahu kerajaan harus membantu mereka," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.