saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/12/2009

Tiada rebat air untuk golongan miskin tahun depan - Lim

18/12/2009 8:47pm

PULAU PINANG 18 Dis Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.

Beliau berkata rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.

"Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali sahaja untuk membantu meringankan beban golongan miskin, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Azhar dilaporkan berkata tahun lepas kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.

Lim berkata Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.

"Mengapa kita nak bentang dalam bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk tahun 2009, katanya.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.