saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2009

Enjin tidak sampai ke destinasi




BALIK PULAU 19 Dis. - Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kehilangan enjin itu disedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis.

"Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan meneruskan siasatan berhubung kes itu, dan memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa, TUDM tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci mengenainya kerana ia melibatkan aspek perundangan.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

Zahid berkata, sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

"Saya juga ingin pastikan bahawa sistem yang ada dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa," tambahnya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.