saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2009

Siasatan hilang enjin pesawat ke Peguam Negara

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai kira-kira RM50 juta, sudah selesai dan sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md. Anvar, berkata, pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek membabitkan orang awam dan pegawai TUDM.

"Hasil siasatan, polis sudah mengenal pasti 'orang dalam' yang terlibat menjual kepada orang awam berkenaan.

"Orang awam itu kemudian dipercayai menjual enjin tersebut kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Noryah bagaimanapun menafikan bahawa polis telah menahan empat suspek terbabit, sebaliknya tindakan lanjut akan dibuat selepas arahan dikeluarkan Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan mencuri.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat tersebut daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta bantuan polis menyiasat kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyenggaraan itu pada awal tahun ini.

Berikutan itu, 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan mengenal pasti empat suspek termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.