saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 20/12/2009

Tauke, pekerja maut nahas jalan raya


PASUKAN penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Allahyarham Zulkefli yang tersepit dalam kereta yang remuk di Kilometer 54.3, Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI 19 Dis. - Seorang tauke kilang habuk papan dan pekerjanya maut apabila kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 54.3 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pengusaha kilang tersebut, Liew Hock Lai, 29, dan Zulkefly Abdullah, 29, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Hock Lai itu dalam perjalanan menghala ke Kota Tinggi manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian iaitu berhampiran sebuah kilang papan, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori membawa simen bancuh itu.

"Kereta mangsa telah diseret oleh kenderaan seberat 10 tan itu sejauh kira-kira 20 meter dan kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Osman Muhammad berkata, pemandu lori, Husaini Kamdir, 53, bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut waris masing-masing.

"Polis kini berusaha memaklumkan kemalangan ini kepada waris Zulkefli yang dipercayai berada di Sarawak," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah dan pendarahan teruk di anggota badan, kaki dan kepala.

Katanya lagi, kereta berkenaan pula remuk teruk dan terputus tiga. Mayat mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Operasi, Jallaluddin Jazali.

Tambahnya, Hock Lai adalah pengusaha habuk papan yang meneruskan perniagaannya keluarganya di Jalan Mawai manakala Zulkefli adalah pekerjanya yang berasal dari Sarawak tetapi menetap di Felda Papan Timur di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.