saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/12/2009

Rakyat Malaysia antara mangsa terkandas kereta api Eurostar di Eropah

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sekurang-kurangnya empat keluarga Malaysia turut menjadi mangsa terperangkap dalam kereta api laju Eurostar yang terkandas antara Paris dan London sejak 15 jam lalu ekoran salji tebal.

Seorang peguam, Khairul Anwar Rahmat yang mengembara bersama empat ahli keluarganya ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, mereka sudah terperangkap sejak dalam terowong dasar laut iaitu Terowong Channel selama 15 jam.

"Masalahnya, kami sebagai penumpang tidak langsung dimaklumkan mengenai punca kereta api tidak bergerak.

"Keadaan menjadi sedikit panik kerana makanan dan minuman dalam Eurostar sudah habis, malah terdapat sekumpulan kecil penumpang sudah memaki hamun kakitangan Eurostar. Kami bimbang keadaan menjadi lebih buruk," ujarnya.

Menurut Khairul Anwar, kereta api tersebut bergerak sedikit demi sedikit ke depan tetapi kemudian mengundur semula dan ini berterusan agak lama.

"Bila kami bersemuka dengan pengurus kereta api warga Perancis yang turut berada dalam kereta api, dia enggan menyatakan apa-apa," katanya.

Beliau berkata, selain keluarganya terdapat tiga lagi keluarga dari Malaysia yang dilihatnya semasa di terminal Eurostar di Paris.

Khairul Anwar berkata, walaupun bencana alam tidak boleh dielakkan seperti ribut salji tetapi kegagalan Eurostar untuk memberi bantuan segera kepada penumpang amat mendukacitakan.

"Lebih menyakitkan hati ialah mereka gagal memberi maklumat kepada penumpang. Ini amat membingungkan sedangkan reputasi Eurostar sebagai sistem kereta api paling canggih di dunia seharusnya merangkumi situasi semasa bencana.

"Malangnya, semua itu tiada. Makanan, minuman sudah berkurangan. Ada yang sudah mula demam dan tiada ubat," ujarnya.

Semasa wawancara telefon itu, terdengar pengumuman daripada Eurostar yang mengarahkan para penumpang supaya turun di sebuah stesen. Ketika itu, talian terputus.

Menurut laporan AFP, perkhidmatan kereta api Terowong Channel yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah terpaksa ditangguhkan berikutan kerosakan tiga kereta api penumpang Eurostar yang menghalang laluan kedua-dua landasan sehingga penumpang terpaksa dibawa keluar.

Cuaca buruk menjejaskan benua ini dari Britain hingga ke Laut Hitam, dengan salji memenuhi lapangan terbang, jalan raya dan landasan kereta api serta memaksa sekolah ditutup selain masalah bekalan tenaga.

Jurucakap Eurostar berkata, perezaan suhu luar yang membeku dengan bahagian dalam terowong yang panas menyebabkan kereta api rosak dan gangguan perkhidmatan akan berterusan sepanjang hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.