saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/12/2009

Serah pihak berkuasa siasat isu enjin

SHAH ALAM 20 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, perkara itu masih di peringkat siasatan dan beliau tidak mahu memberi ulasan mengenainya.

"Siapa yang bersalah, bersalah. Nak komen apa?" katanya mengulas kehilangan enjin pesawat itu daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur dekat sini dua tahun lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang ini.

Ditanya tidakkah kejadian itu menjejaskan nama baik TUDM, Najib berkata: "Itu berlaku tetapi kita siasat. Kalau ada pihak bersalah, kita akan ambil tindakanlah,"

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu, enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM itu disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Berikutan itu, kata beliau, beberapa tindakan serta siasatan telah dilakukan secara dalaman terlebih dahulu yang turut membabitkan polis.

Sementara itu, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md. Anvar berkata, siasatan kes itu telah selesai dan pihaknya kini menunggu arahan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Noryah memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek membabitkan orang awam dan pegawai TUDM.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.