saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/12/2009

Perkenalkan bak kut teh halal persendakan Islam

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong tindakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) tidak mengeluarkan sijil perakuan halal kepada makanan 'bak kut teh halal' kerana mengelirukan umat Islam di negara ini.

Timbalan Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Md. Salleh Ahmad berkata, penggunaan pengenalan makanan 'bak kut teh halal' itu tetap bercanggah di sisi hukum syarak walaupun tidak menggunakan babi sebagai ramuan.

"Apabila ia dikatakan haram ia tetap haram, saya menyokong Jakim tidak mengeluarkan sijil atau logo halal bagi produk makanan tersebut.

"Saya khuatir ia mendatangkan kesan dan tanggapan negatif ke atas umat Islam apabila diberi pengiktirafan. Jakim perlu tegas ke atas mana-mana pihak yang mempersenda Islam." katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah Jakim, Lokman Abdul Rahman yang dilaporkan berkata, 'bak kut teh halal' mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Baru-baru ini, dalam satu festival di ibu negara, sebuah hotel memperkenalkan 'bak kut teh halal' dengan ramuan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Makanan 'bak kut teh halal' itu mengulangi kontroversi sama dengan pengenalan 'bir halal' minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak semasa Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada 7 Mei lalu.

Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Menurut Md. Salleh, Islam merupakan agama yang universal tetapi apabila melibatkan hukum syarak ia mesti berlandaskan syariat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.