saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/12/2009

Cuba tuduh Obama tidak jujur di Persidangan Iklim Copenhagen

HAVANA 22 Dis. - Cuba semalam menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai 'berlagak berkuasa, bongkak dan tidak jujur' semasa persidangan perubahan iklim global minggu lalu di Copenhagen, dalam petanda terbaru hubungan semakin dingin antara Havana dengan Washington.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez pada satu sidang akhbar berkata, Obama menipu dalam sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dan menjadikannya sebagai tabiat selepas kurang setahun mentadbir.

"Beliau menipu sepanjang masa, memperdaya dengan perkataan-perkataan demagogi dengan penuh sinis.

"Dalam sidang kemuncak itu yang ada hanyalah Obama yang berlagak dan bongkak serta tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan mengancam negara membangun," kata beliau lagi.

Pertemuan bertujuan mencapai persetujuan global dalam mengurangkan pencemaran 'gas rumah hijau' yang dikatakan sebagai punca pemanasan global, berakhir hanya dengan delegasi mengambil nota tentang perjanjian tidak mengikat yang dibuat oleh AS, China, Brazil, India dan Afrika Selatan.

Cuba menyertai Venezuela, Bolivia dan Nicaragua menentang penggunaan perjanjian itu oleh PBB kerana ia dilihat oleh mereka dan barisan negara membangun sebagai bebanan yang dikenakan negara kuasa besar.

"Sidang kemuncak di Copenhagen adalah satu kegagalan dan satu penipuan kepada pendapat masyarakat antarabangsa. Puncanya jelas iaitu kurangnya kesungguhan politik daripada negara-negara membangun," ujar Rodriguez.

Serangan ke atas Obama ini dibuat selepas beberapa ulasan keras pemimpin Cuba lain termasuk Presiden Raul Castro dan abangnya, bekas pemimpin, Fidel Castro, yang pada awalnya memuji Presiden AS itu sebelum beransur bertukar kritikan.

Mereka mengatakan bahawa walaupun pada awalnya Obama menyatakan mahu 'memperbaharui' hubungan dengan Cuba, tidak banyak perubahan dalam polisi AS terhadap negara pulau ini. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.