saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/12/2009

Teman rapat rayu Raja Petra pulang

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dirayu pulang segera ke tanah air dan sedia berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah.

Teman rapat Raja Petra, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang membuat rayuan tersebut berkata, Raja Petra perlu bertanggungjawab dan berani menghadapi kesan daripada tindakannya sebelum ini.

''Sampai bila hendak lari. Lama-kelamaan akan kena juga,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia itu mengulas tindakan Raja Petra yang juga rakan sekolejnya yang dilaporkan sedang bersembunyi di sebuah apartmen mewah di London sejak lapan bulan lalu.

Ekoran itu, polis akan memohon perintah ekstradisi melalui Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat bagi membawa pulang Raja Petra kerana dia perlu menghadiri perbicaraan kes di mahkamah.

Dalam perkembangan terbaru, Megat Najmuddin berkata, beliau langsung tidak berhubung dengan Raja Petra sepanjang dia dilapor berada di luar negara.

''Saya cuma harap dia dapat kembali dan hadapi semuanya mengikut lunas undang-undang yang betul. Saya kasihan kepada keluarganya,'' kata beliau.

Dalam pada itu, Megat Najmuddin berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Raja Petra mengikut peruntukan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.