saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/12/2009

Kemudahan sukan terbiar


KERAJAAN disaran supaya membina stadium dan kemudahan sukan sama seperti Sapporo Dome bagi membolehkan ia digunakan untuk pelbagai acara tanpa membiarkannya menjadi gajah putih dan merugikan.


KUALA LUMPUR – Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam mendedahkan terdapat banyak kemudahan sukan di negara ini menjadi ‘gajah putih’ dan dibina secara membazir.

Perkara ini didedahkan Pengarah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar (B) Md. Bahar Abd. Hamid (gambar) ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, Malaysia memiliki terlalu banyak kemudahan sukan seperti stadium, kompleks sukan, lapang sasar dan sebagainya tetapi dalam waktu sama penggunaannya tidak seberapa.


Md. Bahar Abd. Hamid


“Ini menyebabkan banyak kemudahan-kemudahan tersebut terbiar sama ada tidak diuruskan dengan betul atau terus menjadi ‘gajah putih’.

“Antara yang paling teruk boleh saya sebutkan di sini adalah Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) yang sebelum ini dibina dengan kos jutaan ringgit,” katanya.

Selain itu jelasnya adalah Stadium Batu Kawan (Pulau Pinang) yang boleh dianggap seperti hidup segan mati tidak mahu, Kompleks Sukan Tertutup Nilai (Negeri Sembilan), Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar (RM37 juta), beberapa gelanggang boling padang dan banyak lagi.

Menurut beliau, ini tidak termasuk pembinaan stadium atau dewan yang boleh dianggap membazir kerana tidak ramai yang menggunakannya.

“Semua ini disebabkan ketiadaan dasar kemudahan sukan, maka pembinaan stadium dan dewan ini agak kucar-kacir dari aspek lokasi, kapasiti tempat duduk dan material. Akhirnya menjadi ‘over capacity’, purata kehadiran penonton tidak mencapai sasaran dan kemudahan menjadi ‘gajah putih’ yang sakit tidak mendapat rawatan.

“Manakala ada yang ‘dikebumikan tanpa ditalkinkan’ seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya membina kemudahan sukan selepas ini berdasarkan keperluan semasa.

“Ada stadium yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain tetapi dibina dengan kapasiti tempat duduk yang terlalu besar dan ini merugikan,” tegasnya merujuk Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau turut mencadangkan agar sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk membina stadium pelbagai guna seperti Sapporo Dome di Jepun bagi memaksimumkan penggunaannya dan menjimatkan.

Sapporo Dome merupakan stadium pelbagai guna mudah ubah yang terletak di Toyohira-ku, Sapporo, Jepun.

Ia digunakan untuk perlawanan tempat sendiri pasukan besbol, Hokkaido Nippon Ham Fighters dan skuad bola sepak Consadole Sapporo.

Stadium yang mampu memuatkan 41,580 tempat duduk itu juga pernah digunakan sebagai venue kejohanan luncur salji dunia, Olimpik Musim Sejuk, persembahan seni dan peringkat khas rali Jepun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.