saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 24/12/2009

Terima deposit tanpa lesen

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Selepas seorang anak penerbit filem dituduh atas 166 tuduhan menggubah RM60 juta wang haram semalam, hari ini syarikatnya pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Noradzma Adzhar, 33, selaku pengarah yang mewakili syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., bagaimanapun mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen, sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di No. 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya di antara Julai 2006 dan Oktober 2008.

Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372). Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut akta tersebut, sesebuah syarikat perlu mendapatkan lesen yang sah di bawah Seksyen 6(4) akta yang sama untuk menjalankan perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar atau syarikat diskaun.

Semalam, Noradzma bersama bapanya yang merupakan penerbit filem Shhh... Dia Datang, Datuk Adzhar Sulaiman, 54, mengaku tidak bersalah atas tuduhan serupa.

Seorang lagi anak perempuan Adzhar, Noradzrin, 24, yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan pengurusan perniagaan, turut didakwa.

Dalam prosiding hari ini, peguam bela yang mewakili Noradzma, Abdul Rahim Sinwan memohon agar kes itu dibicarakan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah pada 18 Februari tahun depan.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan permohonan tersebut. Tiada jumlah jaminan ditetapkan kerana wang ikat jamin sebelum ini telah diambil kira.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Alvin Ong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.