saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/2009

Pencalonan AIM17 kini dibuka


MISHA Omar mengungguli empat kategori pada AIM16, tahun lalu.


RASANYA seperti baru semalam penganjuran anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Industri Muzik Ke-16 dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang.

Biarpun ramai yang mengatakan industri muzik negara ini semakin hari semakin suram, namun itu bukan satu halangan untuk kita terus meraikan mereka yang sentiasa berusaha memartabatkan dunia muzik tempatan.

Sekalung tahniah juga wajar diberikan kepada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang ternyata masih lagi bersemangat untuk menganjurkan AIM17 yang bakal berlangsung pertengahan tahun depan.

Untuk itu, borang pencalonan AIM17 kini sudah mula diedarkan dan ia terbuka kepada semua artis, syarikat penerbitan dan syarikat rakaman yang mahu mencalonkan produk serta karya mereka.

Sayugia diingatkan, semua karya yang layak dicalonkan haruslah yang diterbitkan bermula dari 1 Disember 2008 hingga 31 Disember 2009.

RIM juga telah menetapkan bahawa album yang memiliki minimum lima buah lagu layak dipertandingkan dan dianggap sebagai sebuah album penuh.

Malah, ia juga layak untuk bertanding dalam kategori seperti Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Artis Baru Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik.

Tidak terhad hanya pada penerbitan album, AIM17 turut memberi peluang kepada artis yang hanya melahirkan single dan EP sahaja untuk masuk bertanding.

Bukan itu sahaja, penyertaan juga dibuka kepada lagu-lagu penuh yang dijual secara muat turun (download).

Tarikh tutup untuk menghantar borang pencalonan AIM17 ini adalah pada 8 Januari 2010 sebelum pukul 4 petang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Wei Wei (03-6207 2800) atau Atie (03-4044 5388).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.