saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/12/2009

MSN digesa tukar format


Mazlan Ahmad


KUALA LUMPUR – Penganjur Konvensyen Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara (MSN) disaran menukar format program supaya ia tidak menjemukan atau menghadapi masalah mendapat kurang sambutan daripada persatuan sukan.

Bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Mazlan Ahmad berkata, tidak relevan menggunakan format yang sama setiap tahun kerana yang banyak bercakap adalah pembentang kertas kerja, wakil kementerian dan MSN sendiri.

“MSN sepatutnya mengubah format misalnya memberi peluang kepada persatuan sukan sendiri membentangkan kejayaan dan kegagalan mereka sepanjang tahun.

“Mungkin tahun depan, konvensyen yang sama kita boleh gunakan dengan selain mengundang pembentang kertas kerja dari luar negara, persatuan sukan pula membentangkan pencapaian mereka pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

“Kalau berjaya, bentangkan macam mana boleh berjaya dan kalau gagal, beri sebab kenapa gagal. Jadi tak adalah persatuan sukan ambil sambil lewa sahaja konvensyen ini,” katanya, semalam.

Dengan cara itu katanya, persatuan sukan lebih bertanggungjawab dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyertai konvensyen ini.

Di samping itu dalam waktu sama, MSN dapat menjadikannya sebagai kayu pengukur atau Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk setiap persatuan sukan.

“Dari sini MSN boleh menentukan jumlah peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada persatuan mungkin berdasarkan pungutan pingat, prestasi atlet atau sebagainya,” tegas beliau.

Mazlan yang juga merupakan penasihat sukan Kementerian Pelajaran secara terbuka menyokong penuh langkah MSN untuk terus mengadakan konvensyen seumpama itu kerana baik untuk kemajuan sukan negara.

“Cuma tahun ini ia diadakan agak lewat dari segi masa. Kalau boleh tahun depan buat cepat sikit sebaik-baiknya selepas berakhir Sukan Asia 2010,” tegasnya.

Bagi jenis sukan yang tidak tersenarai ke Sukan Asia dan Komanwel kata Mazlan, sebagai persatuan lemah sudah tentu mereka akan datang untuk mengetahui rahsia kejayaan dan kegagalan persatuan lain.

“Sepatutnya tahun ini, MSN sudah boleh guna format baru iaitu mengarahkan setiap persatuan sukan membentangkan pencapaian mereka pada Sukan SEA Laos lalu.

“Jadi kita boleh tahu macam mana bola sepak boleh berjaya bawa pulang pingat emas selepas 20 tahun dan bagaimana sepak takraw kalah kepada Laos,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.