saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 25/12/2009

Bersyukurlah India Malaysia

KETIKA membaca tulisan Zaini Hassan mengenai India di Malaysia dan India di India, saya sangat bersetuju dengan pandangan jujur serta berani beliau mengenai negara India dan realiti sebahagian profesional India di Malaysia.

Saya berketurunan India Muslim dari suku Malbari (ibu dan bapa keturunan Malabar). Saya tidak tahu sangat sejarah awal kedatangan nenek moyang dari Kerala, India yang berhijrah ke Tanah Melayu. Tetapi saya amat bersyukur dengan keputusan mereka untuk berhijrah ke sini.

Malah saya sendiri berhijrah dari Johor ke Kedah dan tinggal dalam komuniti Melayu. Tidak langsung rasa terasing malah seronok dengan sikap orang Melayu yang begitu menghormati dan amat bertolak ansur kepada kaum lain.

Hampir tidak terjumpa pun perkara yang boleh menyebabkan kami berkecil hati kepada orang Melayu di kampung tersebut. Bangsa India yang sedar dan tahu bersyukur tidak boleh membohongi diri dan suara hati mengenai kebaikan hati orang Melayu.

Inilah realiti di Malaysia dan kita seharusnya menghormati Perlembagaan Negara dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Jika Zaini – orang Melayu – menulis artikel dan dituduh perkauman, izinkan saya keturunan India ini menyokong segala fakta yang amat berasas itu.

Ia tidak boleh dinafikan kecuali oleh sesetengah orang India di Malaysia yang sombong dan bongkak. Bagi saya, kedangkalan sejarah dan isu perkauman ini disebabkan keturunan India atau Cina yang melampau melalui DAP dan PKR. Malah mungkin ada di dalam komponen BN sendiri.

Sebagai India Malaysia saya mencadangkan agar India yang ‘tersentuh dan terasa hati’ bolehlah mendapatkan sokongan kerajaan Tamil Nadu untuk memohon semula kewarganegaraan India. Jika Hindraf pernah mendapatkan sokongan kerajaan Tamil Nadu kononnya orang India di tindas di Malaysia dan kerajaan Tamil Nadu begitu teruja dan mahu membantu maka tentunya tidak keberatan menerima orang-orang yang tidak sukakan Malaysia ini.

Saya ingin bertanya, adakah India memberi jaminan yang sama kepada rakyat beragama Islam di sana? Malah nasib rakyat beragama Hindu dan Kristian pun tidak terbela apatah lagi nasib orang Islam di Kashmir dan Gujerat.

Siapakah yang membela nasib umat Islam di sana? Bagaimana penduduk Islam di sana mencari dana untuk membina masjid?

Saya dan rakan-rakan keturunan India (beragama Islam dan Hindu) telah beberapa kali ke India. Sangat berbeza antara Malaysia dan India. Kami sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Apakah nasib orang Melayu terjamin jika konsep ketuanan Melayu dan kuasa raja-raja Melayu dihapuskan?

Jika di India sesama Hindu pun dilayan dengan kasta yang berbeza apatah lagi berlainan agama. Adakah layanan berbeza ini dilakukan oleh orang Melayu kepada kaum India di Malaysia. Pernahkah amalan agama lain dihalang menerusi konsep ketuanan Melayu?

Masyarakat India Malaysia harus disedarkan agar jangan terikut-ikut dengan lagak dua Ahli Parlimen PKR, M. Kulasegaran dan N. Gobalakrishnan.

Jika mereka terus berbuat kecoh, saya cadangkan agar kerajaan Malaysia menawarkan pilihan untuk mereka berkhidmat di India. Sekurang-kurangnya mereka boleh membantu memajukan India atau mengajar rakyatnya lebih berdisiplin termasuk tidak membuang air di merata-rata tempat.

Bagi saya, permainan kotor puak-puak jumud dan berorientasi jahat ini harus ditangani dengan berani dan bukan lagi secara lemah lembut oleh bangsa Melayu.

Jangan jadi bangsa yang bacul dan takut untuk mempertahankan bangsa sendiri.

Namun saya sebagai rakyat keturunan India Malbari sangat bersyukur dengan nikmat Allah kerana berpeluang menjadi rakyat Malaysia.

Maka saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa bangsa lain yang mempertikaikan ketuanan Melayu sebenarnya turut mempertikaikan Perlembagaan Negara. Mereka ini harus dikenakan tindakan amat tegas.

Bagi orang Melayu yang masih tidak tahu sejarah dan tamadun sendiri, anda harus insaf bahawa anda tidak akan ada tempat untuk ‘menyelamatkan’ diri kerana belum pasti Indonesia akan menerima anda dengan tangan terbuka.

Mungkin masih ada ‘buluh runcing’ menunggu jika anda berhasrat ke sana dalam situasi terdesak. Anda tidak mempunyai bumi dan tanah air lain kecuali warisan nenek moyang yang telah dikorbankan atas dasar keikhlasan kepada kaum lain. Malah sanggup pula menukar kepada nama tanah bertuah ini kepada Malaysia.

Saya tidak tahu apakah ucapan yang paling hebat untuk orang Melayu kepada budi dan jasa yang tidak ternilai kepada rakyat keturunan India dan Cina selama ini.

Berbanding orang Melayu, keturunan pendatang masih mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Hubungan itu tidak pernah putus malah terus mereka perkukuhkan berbanding orang Melayu yang tidak ada pilihan selain terus bertapak di negara sendiri.

Justeru bagi menjamin nasib orang Melayu di negara ini, sistem demokrasi berparlimen di negara ini dikaji semula. Jika bangsa Melayu ingin selamat di negara asal, maka sistem beraja mesti diperkukuhkan.

Kepada pemimpin politik Melayu, buanglah ego dan lagak bodoh sombong. Bersatulah demi generasi depan.

Mungkin juga konsep ketuanan Melayu boleh ditukar kepada ketuanan Islam. Jika konsep ini menjadi tunggak, saya percaya pintu rundingan pemimpin Pas dan UMNO boleh dibuka.

Kuala Nerang, Kedah">

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.